Kolum
7 comments

Apakah Punca Hijjaz Tiada Di Anugerah Nasyid IKIMFM 2014?

by on January 11, 2015
 

“Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi”

Majlis Anugerah Nasyid IKIMFM 2014 sudahpun berlalu. Namun, di sebalik selesainya penganjuran anugerah itu, ianya menimbulkan banyak buah mulut dari ramai pihak khususnya peminat nasyid.

Paling menjadi buah mulut adalah isu ketiadaan kumpulan Hijjaz di dalam majlis yang besar seperti itu. Adalah menjadi satu perkara pelik apabila kumpulan Hijjaz yang merupakan antara kumpulan nasyid yang senior di Malaysia tidak hadir ke majlis demikian.

Setakat Hijjaz tidak hadir, tidak mengapa lagi. Perkara ini semakin menjadi tanda tanya apabila semasa slot persembahan penutup yang membawa tema mengenang nasyid otai, artis undangan hanya menyanyikan lagu-lagu Raihan dan Rabbani sahaja sedangkan Hijjaz adalah sezaman dengan 2 kumpulan itu.

 

Anugerah Nasyid IKIMFM

Raihan, Hijjaz dan Rabbani. Tiga lagenda yang banyak menyumbang di dalam industri nasyid tanahair dan antarabangsa.

 

Perkara ini mesti ada sebabnya.

Mungkin ada salah faham atau sesuatu yang perkara yang menyebabkan perkara ini berlaku. Namun, suasana seperti ini sememangnya satu suasana yang tidak sihat kepada industri nasyid tanahair. Dalam usaha IKIM.Fm mahu menaikkan martabat nasyid dengan penganjuran anugerah ini, tetapi ada pula cerita kurang enak yang kedengaran di telinga penggiat dan peminat nasyid tanahair.

Banyak khabar-khabar angin yang didengar namun saya enggan mempercayainya bulat-bulat. Saya berpendapat, mungkin Munsyeed Dot Com harus bertanyakan hal ini kepada kedua-dua belah pihak supaya ia tidak berterusan menjadi fitnah. Sekurang-kurangnya ia menutup lubang-lubang fitnah dan memuaskan hati para peminat yabg tertanya-tanya.

Buanglah yang keruh. Ambillah yang jernih. 

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 
  • elly
    January 12, 2015 at 8:53 am

    HIJJAZ meraikan sambutan maulidurrasul di surau berhampiran kediaman anggota hijjaz… Sy rasa pengorbanan mereka menjayakan majlis di surau lebih mulia berbanding tohmahan yg dilemparkan kpd HIJJAZ.. Lain kali sebelum nk paparkan statement mcm ni sila dptkan penjelasan terlebih dahulu dari tuan badan.. Jgn dok tuduh dulu then baru nk minta penjelasan mereka.. Beristighfarlah wahai penulis…

    Reply

    • bukan elly
      January 12, 2015 at 10:22 am

      Ini la masalah orang malaysia. MALAS nak membaca dengan teliti. Penulis tu ada tulis:

      “Setakat Hijjaz tidak hadir, tidak mengapa lagi. Perkara ini semakin menjadi tanda tanya apabila semasa slot persembahan penutup yang membawa tema mengenang nasyid otai, artis undangan hanya menyanyikan lagu-lagu Raihan dan Rabbani sahaja sedangkan Hijjaz adalah sezaman dengan 2 kumpulan itu.”

      Dah faham isu utama nya? Kalau encik/tuan/cik/puan elly teliti dgn baik, lagu2 Hijjaz dah lama tak berkumandang dalam radio ikim. Suratan? atau kebetulan?

      Reply

    • January 12, 2015 at 10:29 am

      Alhamdulillah, terima kasih banyak Cik/Encik Elly atas komen anda.

      Saya nak tanya sikit. Saya tuduh apa ya kepada Hijjaz dalam artikel tu? Tohmahan apa ya yang saya lemparkan dalam tulisan itu? Cik Elly ni staf Hijjaz ke? Nampak macam lebih tahu cerita yang sebenarnya.

      Jika begitu, sudilah Cik/Encik Elly memberitahu perkara yang sebenarnya bagi mengelakkan kami-kami yang tak tahu ni berprasangka yang bukan-bukan.

      Reply

    • bukan elly jugak
      January 12, 2015 at 11:25 pm

      saudari boleh baca balik artikel ini sepenuhnya. kenapa penulis pulak yang ‘tuduh’ dan ‘tohmah’. fikir sebelum komen. beristighfarlah wahai saudari..

      Reply

  • January 12, 2015 at 7:49 pm

    Apo la…..
    #ani2014 : medley RAIHAN + RABBANI
    #ani2015 : medley HIJJAZ + BROTHERS + IMAD pula………………….

    Reply

  • January 12, 2015 at 11:44 pm

    betul, saya pun ada terfikir jugak berkenaan hijjaz masa menonton #ANI2014, tapi rilek la kan..bak kata penulis; ‘buanglah yang keruh, ambillah yang jernih’. (y) harap2 ada la lagi ANI next time. nak pergi lain kali seriously ! insyaAllah :)

    Reply

  • bukan cik elly tapi staff hijjaz
    January 13, 2015 at 2:14 pm

    Rasanya staff hijjaz takde nama cik elly

    Reply

Leave a Response