Kolum
0 comments

Dari AnaMuslim Ke MuslimTeens

by on June 18, 2012
 

AnaMuslim adalah majalah kanak-kanak berunsurkan Islami yang mendapat sambutan. Penerbit majalah ini, Blue-T Communication dilihat berjaya menjenamakan produk mereka yang tidak hanya tertumpu pada majalah malah berjaya menghasilkan produk & cenderahati yang menarik.

Setiap kali pesta buku samada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur atau peringkat negeri, AnaMuslim adalah gerai wajib yang akan saya kunjungi. Apa yang saya cari ialah t-shirt (susah hendak cari saiz saya) dan juga album Nasyid Ana Muslim terbitan Ana Muslim Studio.

Album Nasyid Ana Muslim kini sudah masuk volume kelima. Album ini dirakamkan di Indonesia dengan sentuhan komposer Yoga AlGhazali yang juga menyumbang vokal dalam album ini. Turut terlibat, beberapa kanak-kanak serta kumpulan nasyid terulung, Raihan yang turut menyumbang vokal dalam album ini.

Menariknya album ini, ia mempunyai versi video animasi, minus one & karaoke. Saya lebih tertarik dengan lagu berbanding animasi. Lagu pilihan saya adalah Allah Raja Manusia, Bersyukur dan Terima Kasih. Berdasarkan pemerhatian saya, kebanyakan lagu-lagu dalam album ini diadapatasi dari surah-surah Al-Quran.

Penerbit dilihat begitu bijak merangka strategi. Kanak-kanak yang membesar dengan album AnaMuslim pasti tercari-cari album kesinambungan dari AnaMuslim yang lebih matang dan segar. Melihat perkara ini ke hadapan,  pihak penerbit kini melancarkan album untuk golongan remaja dengan jenama Muslim Teens.

Muslim Teens

Sewaktu saya berkunjung ke booth AnaMuslim untuk membeli album Nasyid Ana Muslim Vol. 4 & 5 , jurujual booth AnaMuslim mencadangkan album Muslim Teens ini kepada saya. Saya pun terus beli album ini selepas terlihat nama Yoga AlGhazali pada kulit album kerana penglibatan beliau dalam siri Nasyid Ana Muslim sebelum ini.

Cuma tak kesempatan melihat persembahan live beliau pada Pesta Buku tersebut. Hanya dapat jumpa di Facebook untuk mengetahui perkembangan beliau. Ketika itu juga beliau membuat penampilan di beberapa stesen TV Malaysia.
Saya sangat suka album ini kerana berjaya membuat kesinambungan dari siri Nasyid Ana Muslim. Kali ini album ini meremajakan pendengar kanak-kanak tadi. Untuk album ini, lau pilihan saya adalah Hasbuna-Allah, Muslim Teens dan Meraih Cinta-Mu.

 

*Artikel ini ditulis oleh Nur Hafiq Halim melalui blognya disini. Beliau menghantar artikel ini kepada Munsyeed{Dot}Com untuk dikongsikan bersama para peminat hiburan Islam di Munsyeed{Dot}Com. Terima kasih Nur Hafiq Halim. Kepada mereka yang berminat untuk menghantar artikel, boleh emailkan ke [email protected]

– Munsyeed{Dot}Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response