Kolum
0 comments

Hari Kemarahan Ummat: Perhimpunan Selamatkan AlAqsa

by on October 2, 2015
 

Baru pulang dari Himpunan Selamatkan al Quds.

Seperti biasa sesudah solat Jumaat di Tabung Haji, saya terus bersama muslimin muslimat menuju ke kawasan perhimpunan tidak jauh dari Kedutaan Amerika.

Ramai yang hadir walaupun dengarnya ada perhimpunan kelompok kedua berkenaan hal yang sama di Masjid Jamek. Ala kulli Hal, semuanya lancar. Wakil-wakil pelbagai NGO berucap dan seorang dari wakil kaum cina juga berucap. Menariknya beliau turut mengulang-ulang, “Hentikan kezaliman!” dan “Selamatkan Masjid kami!”. Allahu akbar, memang terasa berbeza bila bukan Islam menyatakan sedemikian rupa. Terfikir sejenak… Adakah orang Islam kita ada yang berani mempertahankan rumah ibadat agama lain? Atau masih takutkah dengan kecaman orang atau seteru? Atau mungkin kalau fahami syariah dengan lebih mendalam, memang kita juga wajib mempertahankan rumah ibadah agama lain berdasarkan alquran & hadis dan amalan khilafah islamiyah yang lepas. Hatta haram hukumnya kita cela tuhan-tuhan mereka nak tahu kenapa? Boleh tanya ustaz adik-adik ya.

Apapun Alhamdulillah. Segalanya lancar. Cuma yang dinamakan #harikemarahan ummat seluruh dunia hari ini ditambah perit bila Kedutaan Amerika terus menerus melayan memorandum kita dengan sikap acuh tak acuh. Ini yang dikhabarkan okeh wakil kita Cikgu Azmi.

Apapun tahniah semua NGO yang berhimpun termasuk Abim, Ikram, Haluan, Cakna Palestin, Pelajar IPT, Friends of Al Aqsa Society juga adik-adik saya dari Standup Flashmob dan media-media yang bertugas termasuk Bernama, TV9 dan TV Alhijrah.

Hari ini kita berhimpun bagi menyatakan bantahan yang keras terhadap pengyahudian Masjid AlAqsa. Israel zionis kini telah menetapkan waktu khas orang yahudi dan waktu khas orang Islam untuk masuk ke masjidil aqsa. Ini yang berlaku. Tolong bagitahu mereka yang belum tahu. Kita gerakkan kempen #willnotbedivided dan kita tegah habis habisan.

Saya pernah solat dalam Masjidil Aqsa, takkan tuan/puan, adik-adik tak mahu solat di sana? Takut ia sedikit lagi dirobohkan waliyazubillah! Untuk itu sama-sama kita bersatu hati dan kembali kepada Allah untuk solusi bersama.

Kepada komiti acara terima kasih juga kerana sempat memberikan mic kepada saya untuk lagu ISLAMI YA QUDSU sebentar tadi di atas lori!! Lepas ini, boleh berikan lagi mic itu. Tahulah saya lagu-lagu yang sesuai!

Takbir. Tahniah juga Sekretariat Kempen Selamatkan Al-Quds

p/s: Klik pada gambar untuk paparan penuh

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response