Munsyeed TV
4 comments

The M Files: Bakat bersinar sejak zaman IPT

by on November 9, 2013
 

 

Umum pasti sudah mengenali siapakah Hafiz Hamidun, Adi Akmal dan Aizat Ja’afar yang kini bergelar artis dan selebriti muslim tanahair. Setiap persembahan dan konsert mereka pasti ditemani oleh para ‘kipas susah mati’ yang setia. Namun disebalik kejayaan mereka hari ini, pasti ada persembahan-persembahan lalu yang membuatkan kita (dan juga mereka) tersenyum apabila ia dipertontonkan semula.

Video kali ini datangnya dari teman artis yang juga merupakan bekas ahli kumpulan Husaini UIAPJ, Aizat Ja’afar dari kumpulan Hufaz. Menurut Aizat, kumpulan ini dianggotai oleh Adi Akmal, Ariff, Izwan, Aizat, Azmal Zakwan dan Hafiz Hamidun ketika masing-masing masih di UIAPJ. Persembahan mereka turut diringi kumpulan percussionist yang diberi nama Sawda yang diketuai oleh Aswad.

Tidak dapat disangkal lagi, persembahan mereka selama 12 minit sangat menghiburkan. Para penonton di dalam video di atas juga bersetuju dengan kami. Masakan tidak terhibur bila ianya diselang-seli dengan drama dan eksperimentasi gaya yang mengujakan.

tuhumbnail yt

Sedutan video. Gaya gerakan robot ditampilkan di dalam persembahan Husaini

Jika ingin melihat video penuh bagi setiap persembahan di atas (raw footage) maklumkan kepada kami di ruangan komen di bawah artikel ini.

RALAT – Berdasarkan maklumat yang kami terima daripada Hafiz Hamidun, nama sebenar kumpulan ini ialah Matric Idol.
Jika anda memiliki sebarang video yang ingin dikongsikan bersama kami, hantarkan video tersebut ke email [email protected] Setiap video yang terpilih akan kami hubungi pengirimnya untuk maklumat lanjut.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response