Siapa Kami?

logomunsyeedtagline

Seiring dengan peredaran zaman, dan perkembangan industri muzik tanah air, irama nasyid tidak ketinggalan menjadi salah satu hiburan yang semakin digemari oleh banyak pihak. Irama nasyid bukan sahaja sedap untuk dijadikan halwa telinga, tetapi boleh juga membawa pendengar menyelami mesej-mesej ingatan dan seruan amar makruf nahi mungkar melalui lirik-liriknya yang puitis. Sehubungan dengan itu, Munsyeed{dot}com tampil aktif untuk menjadi media alternatif yang membuat liputan khas untuk artis nasyid, komposer, para penggiat industri nasyid dan juga kelab peminat nasyid.

Munsyeed{dot}com mula beroperasi sebagai ejen media bermula dari Ogos 2010. Dibayangi oleh warga kerja yang akrab, munsyeed{dot}com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook. Dunia facebook penuh dengan magisnya yang tersendiri. Dalam masa beberapa ketika sahaja, munsyeed{dot}com mula diterima umum. Ini sedikit sebanyak memberi impak kepada warga kerja munsyeed{dot}com untuk menambah usaha dan mengiatkan tenaga untuk melaporkan berita dan artikel terbaik dan segar dari ladang.

Bertepatan dengan tagline New Media For Islamic Entertainment, Munsyeed{dot}com mula memperluaskan skop liputan yang lebih besar. Kini Munsyeed{dot}com bukan sahaja melaporkan berita dari industri nasyid bahkan merangkumi seluruh aspek hiburan Islam yang bertepatan dengan syara’

Terima kasih atas sokongan semua.

timmunsyeed

zaxxxThe Zaxx

Pengarah Operasi Munsyeed Dot Com

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

 

hilmiladenHilmi Laden

Web Administrator & Founder Munsyeed Dot Com

Juga dikenali dengan panggilan Yeopmi, beliau bertanggungjawab sepenuhnya segala urusan teknikal, grafik dan website Munsyeed.Com. Seorang yang pemalu dan kurang bercakap, namun tetap ceria dan periang bila sudah serasi bersama rakan-rakan. Merupakan seorang ahli farmasi bertauliah, kerjaya harian yang hanya dikelilingi dengan segala macam jenis ubat di hospital tidak menghalang minatnya dalam menguruskan website, grafik dan fotografi.

 

usamahUsamah K.

Ketua Editor Munsyeed Dot Com & Pengarah Kreatif MunsyeedTV

Berkerjaya sebagai freelance web designer, beliau juga bertanggungjawab dengan bahan berita penasyid antarabangsa di Munsyeed Online. Bercerita tentang pengalamannya, CD pertama yang beliau beli menggunakan duit sendiri ialah album Kitaro dan Saujana. Jangan tak tahu, beliau juga pernah mengganggotai sebuah kumpulan nasyid yang popular dengan lagu Dimanakah Abi. Beliau juga mampu melakukan kerja-kerja produksi album.

 

darsandurDar Sandur

Ketua Editor Munsyeed International

Masih bergelar seorang penuntut jurusan IT di sebuah university tempatan, beliau mempunyai minat mendalam dalam membina website dan seni berkata. Beliau cukup meminati muzik rap, dan mempunyai hobi memasang Gundam, perabot dan seni tukangan. Merupakan seorang pemalu apabila mula dikenali, namun, bila dah kenal………………

 

Munsyeed Admin

All articles from this author »

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Along Safa

All articles from this author »

Along Safa, Penulis Jemputan Munsyeed.com. Seorang yang popular dikalangan penasyid dan peminat nasyid dek kelantangannya memberi kritik saran kepada industri nasyid suatu ketika dahulu. Kini, bisanya masih terasa dengan penulisan-penulisan yang cukup kritis dan lontaran idea dan pengalaman yang cukup baik.

Ajwad Amal

All articles from this author »

Seorang penuntut jurusan Komunikasi Massa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sering dilihhat aktif menjalankan kegiatan seni di universiti. Pernah memenangi anugerah Artis Baru Nasyid Terbaik di Anugerah Nasyid IKIMFM 2014 bersama kumpulan Du'a dan kini bergerak aktif bersama trio The Prism.