Connect with us

Rancangan

Konsert Kedua Gema Gegar Vaganza – Kenapa Ramai yang Pancit?

Diterbitkan

pada

APA DAH JADI???

Kami akui, pada minggu lepas, kami masih boleh lagi enjoy persembahan yang dilakukan oleh artis-artis yang menyertai GGV. Namun tidak kali ini. Kami di meja editorial Munsyeed dengan keadaan yang agak stress juga. Segalanya seakan serba tak kena

Kali ini, masalah key dan kecergasan menghantui hampir kesemua artis. Saya tak tahu apa yang berlaku, namun kali ini seakan banyak perkara yang jadi serba tak kena. Hmmm mehla baca rumusan kami sepanjang malam tadi.

1. Walaupun masih menerima kutukan netizan, tapi aksi pengacara GGV iaitu Achey, Siti Nordiana dan Fiqry sedikitttt terkawal berbanding minggu lepas. Namun bagi peminat nasyid, ia masih ditahap melampau. Hmmm, lantak koranglah!

2. Tak tau apa silapnya. Kami sendiri mendengar beberapa lagu yang masih tak matching keynya dengan penyanyi, walaupun sudah diturunkan key. Ana Rafali, Saujana dan Hafiz Hamidun menjadi mangsa akibat music yang tak seimbang. hmmm

3. Isu penat dan kecergasan turut menjadi perkara yang patut diberi perhatian. Izam EYE kelihatan agak struggle dalam menyampaikan lagu Seruan, manakala Hafiz Hamidun turut kelihatan seperti tidak mencapai tahap yang sepatutnya. Apa pasal ni??

4. Mirwana sememangnya terkenal dengan vokal harmoni yang superb, namun minggu lepas harmoni mereka serba tak menjadi dek kerana masalah in-ear monitor. Minggu ini mereka membuktikan mereka memang sangat cemerlang dalam hal itu. Thumbs up!

 

A post shared by MIRWANA (@mirwanaofficial) on

5. Sudah dua minggu UNIC kelihatan santai dan bersahaja dalam membuat persembahan, dan saya yakin akan berterusan hingga minggu hadapan dengan lagu Iman Mutiara. Walaupun persembahan mereka memang sangat baik, namun masih belum nampak cabaran sebenar buat mereka. Kami takut ia akan memerangkap mereka di kemudian hari.

6. Wani menjadi satu-satunya peserta wanita yang agak baik juga persembahannya malam tadi. Cumanya, pada rangkap pertama kelihatan beliau tercari-cari key sebenar. Masalah in-ear monitor lagi ke?

7. Persembahan Hijjaz sangat outstanding, mereka berjaya meletakkan lagu Srikandi Cintaku ditempat sepatutnya… cumanya, disebalik persembahan yang sangat hebat itu, mereka sebenarnya cuba untuk ‘play-safe’ dan mencari jalan selamat, dimana part korus lagu itu diserahkan kepada Arifin dan Isman untuk dilaksanakan. Jangan salah faham, vokal Munif tak dinafikan sangat hebat, tapi bukan untuk part korus lagu ini. Jadi strategi itu sangat-sangat membantu mereka dalam persembahan ini.

8. Azmi Saat? Apa lagi yang nak dikomen, beliau memang tapau habis konsert minggu ni. Beliau ada bakat, ada suara, ada aura, ada segala-galanya. Top three final GGV nanti insyaAllah salah seorangnya ialah dia. Nak kata apa lagi?

Dari segi production GGV kami melihat ia lebih baik daripada minggu lepas. Namun dari segi sudut persembahan, kami mahu music director dan artis yang terlibat lebih beri tumpuan penuh. Pastikan key penyanyi betul-betul 150% tepat sebelum buat scoring.

Itu sahaja yang kami nak ulas minggu ni. Setuju? Tak Setuju? Nasib badan…………………………..

Iklan
Komen

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Rancangan

Konsert Akhir Gema Gegar Vaganza – Kenapa UNIC yang menang?

Diterbitkan

pada

ADAT BERTANDING. Ada yang menang, ada yang kalah. Ada yang tersungkur di tengah jalan dan ada yang terus menjulang kejayaan. Namun semuanya kini dah di penghujung.

Ada enam juta penonton yang menjadi saksi malam tadi betapa gahnya Gema Gegar Vaganza menjunjung tinggi para penasyid yang selama ini hanya tenggelam timbul di dunia mainstream. Kali ini, Astro telah berjaya meletakkan tanda aras baru buat industri nasyid tanah air.

Kami sebenarnya tidak mahu mengulas panjang sangat apa yang dipersembahkan malam tadi. Mereka sudah mengeluarkan apa yang terbaik yang mereka ada. Cumanya… ya itulah adat.

konsert akhir gema gegar vaganza

Kenapa UNIC menang? Hanya satu perkataan sahaja buat mereka…iaitu pakej, mereka ada segalanya. Semua orang dah tahu betapa mereka menjadikan pentas GGV ini sebagai medan untuk mereka menghiburkan orang dengan dakwah cara santai mereka, dengan lakonan, helaian tawa sehinggalah air mata melalui lagu Sepohon Kayu. Daripada semua sudut mereka sudah membuai penonton. Ya, mereka ada segalanya, pakej pendakwah dan penghibur. Sudirman versi nasyid? YA!

Kenapa bukan Hijjaz? Tak putus peminat mempertikaikan kenapa Hijjaz gagal malam tadi. Bagi kami, Hijjaz ada standard dan kelasnya yang tersendiri. Dan bagi kami sendiri pun, Hijjaz tak perlukan kemenangan. Aura mereka sudah cukup kuat, sangat-sangat kuat…terlalu kuat. Dan sebagai legend dalam industri nasyid, aura mereka dalam GGV sudah cukup untuk menaikkan semangat semua orang. Baik peminat atau penasyid sendiri.

konsert akhir gema gegar vaganza

Mirwana camana? Abis Azmi tu?? Dua-dua ini kami mengagumi vokalnya. Cara Mirwana menyusun harmoni yang sangat kemas dan tight. Azmi pula seorang OKU yang sangat gigih. Semua yang diberikan dihadam begitu sahaja.

Hafiz Hamidun dan Saujana juga bukanlah nama baru dalam industri. Mereka sendiri ada kelompok masing-masing yang kami lihat turut banyak membantu memeriahkan GGV. Walau secara teknikalnya, Hafiz dan Saujana sering bergelut dengan cabaran yang tak dijangka, tapi usaha mereka tetap kami sanjung.

Betapa semua orang bangga bila menonton battle finale. Itulah penasyid. Auranya terasa

Inilah nasyid, berbeza dengan mainstream. Sepanjang persembahan di GGV, semuanya sarat dengan mesej. Bergelak ketawa dan berendam air mata, itulah GEMA GEGAR VAGANZA. Ya, nasyid itu dakwah, dan dakwah itu perlu diterjemahkan agar dia mengusik jiwa yang mendengar.

Bukalah pintu untuk kami mengetuk hati-hati diluar sana….

Continue Reading

Rancangan

Konsert Kelima Gema Gegar Vaganza – Siapa lemaskan siapa?

Diterbitkan

pada

MASAK diorang kali ni, bila diumumkan bahawa mereka bakal menggunakan format duet. Kegusaran kami kali ini disebabkan oleh adakah mereka boleh mengekalkan spotlight bahawa mereka seharusnya menjadi tumpuan, bukannya duet undangan. Atau… ada yang bakal ditenggelamkan dan dilemaskan oleh rakan duet?

Seperti biasa, pemilihan lagu untuk minggu ini kembali mengundang maki hamun para peminat nasyid yang mahu GGV kali ini didominasi dengan lagu nasyid. Ahh, lantaklah… kami dah malas nak melayan.

Jadi, siapa yang mati lemas minggu ini? Hmmm

AZMI – Karakter vokal Gmie memang masuk apabila berduet dengan Azmi. Jika didengar seimbas lalu, mereka seakan beradu kekuatan vokal siapa paling padu. Hmm susah sebenarnya nak cari salah Azmi ni. Hampir tak jumpa kecuali ada sedikit isu ‘oversing’ pada beberapa minggu lepas.

MIRWANA – Sekali lagi mereka menunjukkan skill dan bakat yang mereka ada untuk diterjemahkan dalam persembahan mereka bersama Farahdhiya. Kelebihan mereka pada susunan vokal yang padu dan kelihatan sangat kemas. Bab-bab vokal ni, setakat yang kami lihat di GGV, belum ada yang standing mereka. Ada kelas.

WANI – Beliau ada tone, ada suara dan karakter. Cuma masalah apabila beraksi di pentas segah GGV ini, kami mendapati beliau cepat gugup terutama diawal persembahan. Sudah dua kali rasanya kami melihat perkara yang sama, dan malam ini berulang lagi. Dan akhirnya, Wani terjerat.

SAUJANA – Ramai pemerhati di luar sana ternanti-nanti wow factor daripada Saujana selaku kumpulan yang berpengalaman, namun masih belum lagi. Persembahan malam ini pun nampak biasa-biasa sahaja, lebih santai dan rileks, tak seperti persembahan yang lepas-lepas tampak mereka agak struggle.

HIJJAZ – Persembahan mereka kembali menjadi buah mulut pemerhati, dengan feel yang cukup menyentuh perasaan. Cuma bila part terjatuh tu, saya tak tahu adakah itu memang dalam skrip atau memang betul terjatuh. Sebab apa, kami lihat selepas part itu, vokal ada sedikit goyang dan seakan tak keruan. Hey, ini legend la… apa yang berlaku pun diorang masih steady lagi tau!

HAFIZ HAMIDUN – Beliau menunjukkan peningkatan setiap minggu, lagi-lagi bila lepas kahwin. Diantara semua persembahan malam ini, persembahan beliau dan Ismail Izzani kami lihat paling seimbang. Tiada masalah siapa curi spotlight siapa, tidak seperti persembahan lain dimana ada yang ditenggelamkan dengan duet masing-masing dan ada juga pasangan duet yang langsung tak membantu. Siapa? Diam-diam sudahlah!

UNIC – Komen kami sama macam minggu-minggu lepas. Merekalah Raja Pentas di GGV. Dan melihat list lagu untuk minggu hadapan, bagi saya mereka akan terus bersuka-ria diatas pentas. Takde yang negative? Satu je, harap-harap Najdi lebih berhati-hati dan lebih fokus.

Kesimpulannya, konsert GGV kali ini seperti minggu lepas, masing-masing banyak fokus pada persembahan pentas. Sapa yang lemas minggu ni?? Hmmmm

Kedudukan Peserta Gema Gegar Vaganza Minggu ke-5

1. UNIC (Naik 4 anak tangga)

2. Mirwana (Naik 1 anak tangga)

3. Hafiz Hamidun (Turun 1 anak tangga)

4. HIJJAZ (Turun 3 anak tangga)

5. Azmi Saat (Turun 1 anak tangga)

6. Saujana (Kekal)

7. Wani (Kekal)

Anugerah Gema Terindah (Gabungan Menjadi): UNIC feat Ayai Ilusi – Nyanyian Serambi

Continue Reading

Rancangan

Konsert Keempat Gema Gegar Vaganza – Pentas ini siapa punya?

Diterbitkan

pada

MELIHAT pada senarai lagu yang diterima minggu lepas, ada diantara kami yang mula tepuk dahi. Ada di antara lagu-lagu yang akan disampaikan pada minggu ini diluar jangkauan kami, dan kami sudah mula mencongak, siapa yang bakal menjadi mangsa.

Okaylah, kami pun malas nak membebel panjang. Baca sahaja apa yang ada kami sediakan dibawah.

WANI – Saya tak tahu di mana silapnya, tetapi persembahan Wani pada malam ini sedikit sangkut di sana sini. Pada awal persembahan, beliau nampak agak gugup sedikit. Terlalu rushing sampai ia menjejaskan synchronize bersama muzik.

SAUJANA – Dengan idea bersama kumpulan koir tampak seperti membawa feel ala-gospel, jarang penasyid buat konsep begini. Cuma saya tak tahu, atau mungkin salah dengar… pitching ada tergelincir sikit. Tapi biasalah tu kalau persembahan live.

ANA RAFFALI – Lagu Balqis nyanyian Siti Nurhaliza sekali lagi memerangkap Ana Raffali selepas terselamat minggu lepas. Kali ini segalanya tak menjadi. Hmmm

HIJJAZ – Selepas tiga minggu membuatkan para penonton menangis, minggu ini mereka tampil dengan persembahan yang lebih rileks, santai tapi tetap ada unsur hype. Cumanya, nampak Isman seorang sahaja yang beria-ria mahu menguasai persembahan sementara yang lain sekadar berlegar di tengah. Ya, memang nampak terlalu santai.

Konsert Keempat Gema Gegar Vaganza

AZMI – Sekali lagi dia memang buktikan yang dia ni serba boleh. Kemampuannya menyanyikan lagu berbahasa Inggeris di luar jangkaan kami. Jujur kami ternganga melihat persembahan beliau kali ini. Pronunciation semua hampir tiada masalah.

UNIC – Seperti kami cakap sebelum ni, UNIC layak digelar sebagai ‘Raja Pentas’. Penguasaan pentas mereka sangat awesome, mampu menghidupkan suasana ceria. Mereka bukan sahaja ada karakter seorang artis, malah mereka sudah layak digelar sebagai ‘performer’. Pakej semua dah ada. Lagu Ghazal Untuk Rabiah ni susah sebenarnya, tapi celah gigi je mereka tapau!

Konsert Keempat Gema Gegar Vaganza

HAFIZ HAMIDUN – Beliau tampil dengan penuh keyakinan, mungkin kesan momentum REUNIC minggu lepas. Cuma seperti kata Datuk Ramli MS, props dan penari di belakang agak mengacau.

MIRWANA – Nampaknya bila tengok kumpulan-kumpulan nasyid cukup enjoy di atas pentas malam ni, maka Mirwana pun mengambil keputusan untuk turut menggila malam ini. Dengan koreografi yang mencetuskan suasana hype.

Kami nampak, pada minggu ni, kebanyakkan peserta lebih tertumpu kepada showmanship dan penguasaan pentas dan tidak terlalu fokus pada vokal semata-mata. Rata-rata mereka mahu menunjukkan siapa yang menjadikan pentas GGV kali ini mereka yang punya.

Korang rasa siapa?

[youtube url=”https://www.youtube.com/watch?v=HQKhYuYl4p8″]

Kedudukan Peserta Gema Gegar Vaganza Minggu ke-4

1. HIJJAZ

2. Hafiz Hamidun

3. Mirwana

4. Azmi Saat

5. UNIC

6. Saujana

7. Wani

8. Ana Raffali

Anugerah Gema Terindah (Karya Kreatif): Mirwana – Raikan Cinta

Continue Reading

Trending