Ulasan
1 comment

Review: Imam Muda Hassan feat. SUFLIFE – ALFATIH 1453

by on September 12, 2014
Yang Best

Ada kelainan yang cuba diketengahkan.

Yang tak berapa best

Agak banyak ruang kosong pada lagu yang sepatutnya diisi oleh backup vocal.

 

Melakukan comeback di dalam industri muzik setelah sekian lama menyepi bukanlah sesuatu yang mudah. Adakalanya artis tidak mampu untuk bergerak seiring dengan trend terkini serta memenuhi kehendak pasaran semasa. Hal ini pastinya akan memberikan impak yang negatif kepada artis itu sendiri andai mereka gagal untuk membuktikan relevansi akan kewujudannya.

Kumpulan SUFLIFE bukanlah satu nama baru dalam industri nasyid tanah air. Oleh kerana itu, kemunculan semula ini menerusi album ALFATIH 1453 bersama Imam Muda Hassan pastinya sesuatu yang dinantikan oleh peminat setia masing-masing. Tanpa membuang masa, jom lihat apakah yang bakal dihidangkan oleh album ini.

Track 01 – Selawat Rindu: Album dimulakan dengan alunan selawat yang santai sejurus selepas bacaan hadith berkenaan fadhilat berselawat ke atas Nabi s.a.w. Pada awalnya track ini kedengaran seperti alunan selawat tipikal yang melambak di pasaran. Walau bagaimanapun, telahan saya sedikit tersasar. Ternyata lagu ini cuba memberikan feel yang berbeza terutamanya pada bahagian susunan muzik di penghujungnya yang telah berjaya membuatkan saya memlilih untuk kembali mendengar rangkap penamat lagu ini.

Track 02 – Narration

Track 03 – Ku Bersyukur: Permulaan yang agak deep. Cuma penghayatan dan konsentrasi saya sedikit terganggu ketika bunyi drum yang agak kering mula mendominasi lagu ini pada minit 0:36.

Track 04 – Narration

Track 05 – Arfah: Lagu ini adalah sebuah dedikasi khas buat ibunda Imam Muda Hassan yang bernama Arfah. Maka sudah pasti bersesuaian bila ia dinyanyikan sendiri secara solo oleh beliau. Iringan muzik yang berat ke arah jazz ini terasa intim namun saya pasti andai Imam Muda Hassan mampu mendendangkan ia dalam mood hybrid jazz yang lebih tepat, lagu ini pasti akan memberikan kesan yang lebih padu kepada para pendengar.

Track 06 – Narration

Track 07 – Terima Daku Seadanya: Sebuah lagu cinta yang lain dari apa yang sedia ada pada album-album nasyid di pasaran. Pujian harus diberikan kepada komposer dan penulis lagunya atas keberanian mengetengahkan sesuatu yang berbeza. Mungkinkah ia kedengaran sedikit unik kerana penggunaan scale dan chord progression yang jarang diketengahkan? Mungkin anda (para otai muzik diluar sana) lebih mengetahui.

Track 08 – Narration

Track 09 – Wida’: Lagu arab yang dipetik daripada Khutbah Wida’Permulaan lagu ini sahaja sudah memberikan sedikit goosebumps. 

Track 10 – Narration

Track 11 – Al Fatih: Lagu yang menjadi hidangan utama album ini. Sejujurnya, track ini terasa agak kosong tanpa kehadiran backup vocal. Jiwa semangat yang cuba dibangkitkan menerusi lagu ini seakan tidak kesampaian walaupun memiliki susunan muzik yang keras.

Tak banyak yang dapat diperkatakan dengan penceritaan pada track 2, 4, 6, 8 dan 10.

Editor Rating
 
Vokal
63%

 
Susunan Muzik
73%

 
Kulit Album
67%

 
Kualiti Rakaman
70%

 
Kepuasan
70%

Total Score
69%

Hover To Rate
User Rating
 
Vokal
66%

 
Susunan Muzik
66%

 
Kulit Album
46%

 
Kualiti Rakaman
58%

 
Kepuasan
58%

User Score
59%

You have rated this

Beli or Not?
 

Album yang berbaloi untuk dimiliki oleh para peminat Imam Muda Hassan dan SUFLIFE.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 
  • Monolok
    September 26, 2014 at 9:58 am
    Rating
    Vokal67%
    Susunan Muzik64%
    Kulit Album68%
    Kualiti Rakaman87%
    Kepuasan89%

    Album best. Puas hati beli album ni. Berbaloi baloi. Tapi part banyak kosong macam yang munsyeed tulis tu memang betul but still puas hati beb.

    Reply

Leave a Response 

Vokal

Susunan Muzik

Kulit Album

Kualiti Rakaman

Kepuasan