Ulasan
3 comments

Review: Doaku – Persembahan Tulus Dari Hati.

by on May 30, 2015
Details
 
Yang Best

Susunan muzik menepati ekspresi. Penuh emosi dan perasaan. Rasa macam drama pun ada.

Yang tak berapa best

Cover album terlalu simple. Ini sangat bahaya. First impression itu sangat penting walaupun hanya untuk sekeping CD.

 

Sejujurnya saya seorang penggemar muzik nasyid yang agak cerewet dalam memilih halwa telinga. Kalau ada album yang sampai ke tangan tidak memenuhi kriteria karya yang berkualiti, album tersebut pasti akan saya sorok sedalam-dalamnya di dalam almari agar tidak lagi kelihatan oleh sebarang pandangan mata kasar. Saya mungkin tidak seganas big boss Munsyeed, Aizat Ikhwan, yang akan membakul sampahkan karya-karya yang tidak dibuat bersungguh-sungguh. Walaupun begitu, kami tetap bersependapat bahawa setiap karya yang terhasil harus diletakkan pada kedudukan yang sewajarnya. Barulah di sana ada check and balance.

Album yang sampai ke tangan saya kali ini agak berbeza dari kebiasaan. Uniknya album ini kerana ianya menampilkan Umar, seorang artis remaja berumur 17 tahun yang menghidapi autisme. Album yang memakan masa selama 3 bulan untuk disiapkan ini telah dilancarkan pada awal bulan Mei bersempena dengan Hari Terbuka Autisme 2015 anjuran Autisme Malaysia di Universiti Malaya. Pada awalnya saya sendiri agak skeptik dengan album ini. Mampukah Umar menghidangkan sebuah persembahan yang menepati standard para pendengar? Melihat kepada pencapaian Umar di International Naturally Autistic People Awards Convention and Festival dan The Malaysian Special Idol, saya mula meletakkan sedikit harapan.

Track 1 & 2: Bacaan Al-Ma’thurat Bahagian 1 & 2

Trek bacaan al-ma’thurat dan doa-doa pilihan dibacakan oleh Umar secara berlagu dengan baik. Walaupun terdapat beberapa kesalahan bacaan, memahami kondisi Umar yang luar biasa membuatkan saya kagum dengan kemampuan yang ditonjolkan. Hats off dan tabik hormat buat ibu bapa serta tenaga pengajar Umar.

Track 3: Al-I’tiraf

Buat seketika saya terlupa siapa sebenarnya yang sedang menyanyikan lagu ini. Ini kerana vokal yang dipersembahkan oleh Umar di dalam trek ini bukan mediocre! Penghayatannya juga jelas kedengaran pada setiap lantunan suara. Penggunaan instrumen string yang ringan berserta piano dan trompet yang minimal di dalam susunan muzik menjadikan trek ini menarik dan lebih segar berbanding versi-versi lain yang ada di pasaran. Sentuhan vokal iringan oleh Erwan dan Adeep Nahar daripada kumpulan The Muhibbain berjaya menghasilkan groove yang signifikan.

Track 4: Warkah Dari Ibu

Ada sesuatu dalam warkah ini. Itu yang saya rasakan saat pertama kali mendengarnya.

Track 5: Ibu feat. The Muhibbain

Lagu ini seakan suara hati Umar membalas warkah dari ibunya. Nyanyian Umar di dalam trek ini kedengaran amat tulus. Lagu dan lirik ciptaan Erwan The Muhibbain yang ditulis berdasarkan kehidupan Umar sekeluarga, berjaya menyerlahkan lagi curahan kejujuran isi hati remaja istimewa ini. Tidak hairanlah bila ada pembikin filem ingin mengangkat lagu ini sebagai runut bunyi filem terbitan mereka yang akan datang. Antara lagu ibu yang terbaik pernah saya dengar. Kena ada sekotak tisu di sebelah sebagai persediaan.

Track 6: Al-I’tiraf (unplugged )

Nyanyian secara live oleh umar. Tidak banyak perbezaan dengan trek ke-3. Kali ini Umar menyanyi secara solo tanpa vokal iringan The Muhibbain dalam versi muzik yang lebih santai.

Apa pula pandangan anda? Kongsikan pandangan tersebut dalam ruangan komen di bawah dan jangan lupa untuk memberikan penilaian anda sendiri mengenai album Umar – Doaku.

Sekiranya anda berminat untuk memiliki album ini, layari laman www.umarhasfizal.com atau hubungi Hasfizal Mukhtar menerusi aplikasi WhatsApp di nombor 019-699 1308.

– Munsyeed

Editor Rating
 
Vokal
91%

 
Susunan Muzik
90%

 
Kulit Album
65%

 
Kualiti Rakaman
88%

 
Kepuasan
89%

Total Score
85%

Hover To Rate
User Rating
 
Vokal
77%

 
Susunan Muzik
87%

 
Kulit Album
72%

 
Kualiti Rakaman
87%

 
Kepuasan
85%

User Score
82%

You have rated this

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response 

Vokal

Susunan Muzik

Kulit Album

Kualiti Rakaman

Kepuasan