Halaman : Aktiviti Amal, Kelab Peminat, Pengumuman, Terkini // 1st Gathering MZS-FC dan Cahaya.fm

1st Gathering MZS-FC dan Cahaya.fm

Maher Zain Singapore Fan Club (MZS-FC) dengan kerjasama Radio Online Cahaya.fm buat julung kalinya akan mengadakan Gathering pertamanya untuk para peminat Maher Zain di Singapura. Perjumpaan ini juga bakal menghimpunkan para peminat radio online terbaru, Cahaya.fm.

Menurut Deejay Miftah, selaku admin  MZS-FC dan penyampai radio Cahaya.fm, perjumpaan ini adalah perjumpaan pertama yang bakal melibatkan peminat nasyid Singapura. Beliau turut mengundang peminat dari Malaysia untuk hadir ke perjumpaan pertama ini.

Perjumpaan ini akan berlangsung pada 5 Disember 2010, bermula jam 2.30 petang hingga 5.30 petang bertempat di East Coast Park, Singapura. Mereka yang berminat untuk hadir, bolehlah ke link yang kami sediakan dibawah untuk tujuan pendaftaran: DAFTAR DISINI.

Untuk rekod, pada 13 November 2010, Maher Zain Malaysia Fan Club (MZM-FC) telah mengadakan perjumpaan sulung mereka yang diberi nama MZM-FC 1st Gathering. Majlis yang cukup meriah ini diadakan di Pak Su Corner, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Antara yang turut memeriahkan majlis adalah Adzhar Maludin, Ummi Rose, wakil-wakil dari Raudhatus Sakinah dan Inteam Records. Majlis turut diserikan dengan persembahan menarik daripada kumpulan Inteam, UNIC, Castury dan ramai lagi. -MUNSYEED.COM

Tentang Penulis

Husaini Hussein menulis 311 artikel dalam blog ini.

Husaini Hussein, pengasas (Founder) Munsyeed{Dot}Com. Masih menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam jurusan Undang-undang. Seorang yang positif dengan pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , ,


Tinggalkan Komen (Facebook)


[+] Hakcipta Terpelihara © 2010-2013 Munsyeed{Dot}Com [+]
"Tema Wordpress diolah daripada Tema Channel"


Penafian : Munsyeed{Dot}Com tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman web ini.
(Untuk melayari laman web ini dengan baik gunakan - Google Chrome 12.0 ke atas / Mozilla Firefox 2.0 ke atas / Flash 8 player ke atas / resolusi skrin 1024px x 768px)