Halaman : Berita, Foto // Selamat Pengantin Baharu Azri Munsyideen!

Selamat Pengantin Baharu Azri Munsyideen!

Penulis lirik terkenal, Ito Lara bergambar bersama Kumpulan Far East dan Munsyideen

.

Muhammad Azri dari kumpulan Munsyideen telah selamat diijabkabulkan bersama pasangan beliau, Nur Diyana. Majlis Resepsi Azri dan Diyana telah diadakan dengan penuh meriah di Taman Tasik Titiwangsa pada Ahad, 18 September 2011.

Majlis yang cukup istimewa ini telah dihadiri oleh ramai kenalan beliau seperti kumpulan Far East, kumpulan Munsyideen dan penulis lirik terkenal, Mohd Radzi Sulaiman atau lebih mesra disapa Ito Lara.

Kumpulan Far East dan Munsyideen bergambar bersama pasangan Raja Sehari.

Kumpulan Far East turut membuat persembahan istimewa khas untuk kedua mempelai yang sedondon dengan busana pengantin mereka.

Nabi Muhammad s.a.w. mengajar kita untuk membaca doa ini kepada pengantin yang baharu bernikah: Barakallahu lakuma wabarakah ‘alaikuma wajam’a bainakuma filkhair.

Pihak Munsyeed{Dot}Com mengucapkan selamat pengantin baharu kepada Azri Munsyideen dan pasangan semoga berbahagia hingga ke syurga. -Munsyeed{Dot}Com.

Gambar ihsan: Facebook Munsyideen.

 

Tentang Penulis

Husaini Hussein menulis 311 artikel dalam blog ini.

Husaini Hussein, pengasas (Founder) Munsyeed{Dot}Com. Masih menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam jurusan Undang-undang. Seorang yang positif dengan pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , ,


Tinggalkan Komen (Facebook)


[+] Hakcipta Terpelihara © 2010-2013 Munsyeed{Dot}Com [+]
"Tema Wordpress diolah daripada Tema Channel"


Penafian : Munsyeed{Dot}Com tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman web ini.
(Untuk melayari laman web ini dengan baik gunakan - Google Chrome 12.0 ke atas / Mozilla Firefox 2.0 ke atas / Flash 8 player ke atas / resolusi skrin 1024px x 768px)