Halaman : Berita, Nasyeed.Com, Tempatan, Terkini // Undian Anugerah Nasyeed.Com Diaudit Professional

Undian Anugerah Nasyeed.Com Diaudit Professional

Kurang dari sebulan Anugerah Nasyeed.Com bakal diadakan, pelbagai reaksi positif mewarnai mood calon-calon yang bertanding dalam setiap kategori di Anugerah Nasyeed.Com dan semua yang terlibat dalam industri muzik nasyid Malaysia. Sejak ia mula diperkatakan pada awal Februari lalu, Nasyeed.Com Edutainment Sdn Bhd mendapat tumpuan luarbiasa dari pelbagai media cetak mahupun media elektronik yang ingin tahu lebih lanjut mengenai penganjuran anugerah nasyid berprestij ini.

Khairulnizam sedang menjawab soalan sewwaktu sesi Soal Jawab Bersama Media. Gambar ihsan: Pro Media Production.

Sewaktu Majlis Sidang Media Anugerah Nasyeed.Com berlangsung di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya baru-baru ini, krew Munsyeed{Dot}Com sempat bertanyakan soalan kepada pihak Sekretariat Anugerah Nasyeed.Com mengenai ketelusan sistem audit bagi undian yang dibuat untuk Anugerah Nasyeed.Com. Menjawab persoalan ini, Mohd Khairulnizam Zainol, Pengarah Program Anugerah Nasyeed.Com menjelaskan setiap undi untuk kategori yang dipertandingkan akan diaudit oleh pihak audit dalaman dan luaran.

“Sistem pemarkahan untuk kategori yang memerlukan juri dan sistem undian untuk kategori yang memerlukan undian akan diaudit oleh juru audit dalaman dan juru audit luar yang akan dipilih dan dilantik oleh Nasyeed.Com. Kita akan pastikan setiap undi diaudit dengan setelusnya bagi mengelak sebarang masalah di kemudian hari.” jelas Khairul.

Khairul juga menambah, setiap audit dijalankan secara professional bagi menjaga mutu kualiti majlis penganugerahan tersebut.

Walau bagaimanapun, Khairul dan pihak Nasyeed.Com enggan mendedahkan nama firma audit luar yang bakal menjalankan kerja-kerja audit bagi Anugerah Nasyeed.Com kali ini bagi menjaga kerahsiaan dan ketelusan keputusan anugerah itu nanti.

Tahniah diucapkan kepada Nasyeed.Com atas professionalisme mereka dalam penganjuran majlis anugerah berprestij ini. Pastinya, semua pihak mengharapkan yang terbaik buat Anugerah Nasyeed.Com yang julung kalinya diadakan di Malaysia ini. -Munsyeed{Dot}Com

 

Tentang Penulis

Husaini Hussein menulis 311 artikel dalam blog ini.

Husaini Hussein, pengasas (Founder) Munsyeed{Dot}Com. Masih menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam jurusan Undang-undang. Seorang yang positif dengan pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: ,


Tinggalkan Komen (Facebook)


[+] Hakcipta Terpelihara © 2010-2013 Munsyeed{Dot}Com [+]
"Tema Wordpress diolah daripada Tema Channel"


Penafian : Munsyeed{Dot}Com tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman web ini.
(Untuk melayari laman web ini dengan baik gunakan - Google Chrome 12.0 ke atas / Mozilla Firefox 2.0 ke atas / Flash 8 player ke atas / resolusi skrin 1024px x 768px)