Halaman : Album, Ulasan // Review: UNIC Special Edition

Review: UNIC Special Edition

 

Saya mengikuti perkembangan UNIC sejak zaman awal mereka lagi. Daripada zaman bernaung dibawah Hijjaz Record, mereka semakin matang dari ke hari. Dan hari ini, mereka Berjaya meletakan UNIC sebagai artis nasyid yang popular.

Membelek CD terbaru mereka, UNIC Special Edition, tentu ada sebab kenapa mereka mengeluarkan album yang serba ringkas. Termasuklah packaging sleeve yang serba sederhana tanpa inlay dan sebagainya.

Rupanya, album ini boleh dianggab sebagai rilisan ‘B-Sides’ mereka.  Mengandungi 10 buah track, dengan dua  buah lagu baru, selain daripada lagu yang dipetik daripada album Hijrah yang terdahulu. Selebihnya track zikir dan doa.

Antara lagu yang termuat ialah lagu Iqra. Lagu pop yang telah menjamin rentak yang sinonim dengan UNIC, namun ada sedikit lenggok Arab macam  padang Pasir, dan ada lirik Bahasa Inggeris. Manakala Seiring Sehaluan, lagu baru yang dirakam mereka untuk dimuatkan dalam album ini. Pop yang light n easy, sedap didengar.

Selain itu, track-track selebihnya dipenuhi dengan dengan zikir  dan doa, termasuk Doa Dhua yang telah menjadi anthem terbaru mereka sekarang. Dari segi sound, ia memang sedap didengar, reverb yang just nice.

Peminat UNIC?  Album ini harus ada dalam koleksi anda!

Tentang Penulis

Aizat Ikhwan menulis 132 artikel dalam blog ini.

Aizat Ikhwan, Ketua Pengarang Munsyeed Corner. Beliau bertanggungjawab dengan setiap artikel, temuramah yang dijalankan serta yang menjaga kualiti berita di Munsyeed{Dot}Com versi bahasa melayu. Beliau merupakan seorang yang sangat komited dengan tugasnya walaupun sibuk dengan urusan kerja. Selain itu, beliau juga berkebolehan dalam bidang muzik dari segi mengubah dan mereka lagu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , ,


Tinggalkan Komen (Facebook)


[+] Hakcipta Terpelihara © 2010-2013 Munsyeed{Dot}Com [+]
"Tema Wordpress diolah daripada Tema Channel"


Penafian : Munsyeed{Dot}Com tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman web ini.
(Untuk melayari laman web ini dengan baik gunakan - Google Chrome 12.0 ke atas / Mozilla Firefox 2.0 ke atas / Flash 8 player ke atas / resolusi skrin 1024px x 768px)