Kami menerima CD zikir bertajuk ‘Mari Zikir Bersama’ yang dihasilkan oleh anggota kumpulan R-IF.
Membelek cover dan packaging nya, saya mendapati ia dicetak dengan cukup simple. Hanya CD case beserta sekeping inlay yang mungkin dicetak sendiri. Bagi saya, kesilapan untuk tidak meletakkan ‘title list’ setiap track serta info berkaitan mungkin amat menyukarkan pendengar. Dan satu lagi, crop wajah macho Ustaz Khairul Azwar macam tak begitu kemas… hmmm
Namun bila saya mula mendengar album ini, semua kelemahan yang ada pada cover CD ni sudah ditolak ketepi. Serta merta saya terus terkenang dengan alunan zikir munajat karya Ustaz Dr. Badrul Amin yang berstatus ‘masterpiece’ satu ketika dahulu.
Boleh dikatakan album ini seperti remake semula album zikir Dr Badrul. Melodinya sama, Cuma kali ini Ustaz Azwar cuba menginterprestasikan semula zikir ini sehabis baik. Much more cleaner dan lebih clarity.
Dari segi teknikal, sound reverb semua memang baik untuk zikir begini. Cuma sesetengah tracknya, brackground effect air dan ombak tu seakan kacau alunan zikir, mungkin terkuat sikit levelnya.
Not bad pada saya, malah saya amat mengemari alunan zikir tersebut. Sangat classic. Dapatkan dan nilai sendiri ya. -Munsyeed{Dot}Com
Tentang Penulis
Aizat Ikhwan menulis 132 artikel dalam blog ini.
Aizat Ikhwan, Ketua Pengarang Munsyeed Corner. Beliau bertanggungjawab dengan setiap artikel, temuramah yang dijalankan serta yang menjaga kualiti berita di Munsyeed{Dot}Com versi bahasa melayu. Beliau merupakan seorang yang sangat komited dengan tugasnya walaupun sibuk dengan urusan kerja. Selain itu, beliau juga berkebolehan dalam bidang muzik dari segi mengubah dan mereka lagu.











