Halaman : Album, Ulasan // REVIEW ALBUM: Devotees – 336

REVIEW ALBUM: Devotees – 336

 

EKSPERIMEN YANG MENJADI. Itu sahaja yang saya dapat ungkapan sebaik selesai mendengar keseluruhan album Devotees 336. Mungkin lebih sesuai saya gelarkan sebagai album eksperimental mereka. Oh ya, Devotees kini ada pelapisnya, Devotees JR!

Mengambil tema pengenalan huruf hijaiyyah (Huruf dalam Al-Quran),  mereka cuba menterjemahkan dengan baik konsep pembelajaran teknik Al-Baghdadi. Teknik seperti ini sangai sesuai untuk  pembelajaran kanak-kanak.

Macam-macam konsep yang boleh didengar dalam album ini, walaupun boleh dikata masih berlingkar dalam konsep pop. Namun yang penting, elemen ‘cathchy’ perlu diutamakan dalam album bercorak pendidikan ini.

Namun disebalik album bercorak pendidikan ini, saya dapati melodi yang dinyanyikannya tak terlalu bermelodikan lagu-lagu tipikal kanak-kanak macam yang selalu kita dengar. Ada kematangan disitu, tak terlalu klise. Seronok dan enjoy mendengarnya.

Dari segi teknikalnya, bagi saya susunan muzik yang simple, hype dan bersederhana ini cukup untuk menghiasi setiap lagu. Ada juga yang boleh dikategorikan sebagai sing-a-long.

Bagi saya, album ini sesuai untuk dipasang untuk pembelajaran anak-anak yang baru nak belajar Al-Quran. Percubaan yang Berjaya dari Devotees!

 

Tentang Penulis

Aizat Ikhwan menulis 132 artikel dalam blog ini.

Aizat Ikhwan, Ketua Pengarang Munsyeed Corner. Beliau bertanggungjawab dengan setiap artikel, temuramah yang dijalankan serta yang menjaga kualiti berita di Munsyeed{Dot}Com versi bahasa melayu. Beliau merupakan seorang yang sangat komited dengan tugasnya walaupun sibuk dengan urusan kerja. Selain itu, beliau juga berkebolehan dalam bidang muzik dari segi mengubah dan mereka lagu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , ,


Tinggalkan Komen (Facebook)


[+] Hakcipta Terpelihara © 2010-2013 Munsyeed{Dot}Com [+]
"Tema Wordpress diolah daripada Tema Channel"


Penafian : Munsyeed{Dot}Com tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman web ini.
(Untuk melayari laman web ini dengan baik gunakan - Google Chrome 12.0 ke atas / Mozilla Firefox 2.0 ke atas / Flash 8 player ke atas / resolusi skrin 1024px x 768px)