Ismail Bin Abdullah , bapa kepada Mohd Amin dari kumpulan Dzil Afnan telah menghembuskan nafas terakhir pada hari Ahad lalu, 24 Jun 2012 sekitar jam 4 pagi. Allahyarham telah disahkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan menuju ke Hospital Yan, Kedah. Allahyarham, 62 tahun, meninggalkan seorang balu, Sholihah Bt Md Isa dan 3 orang anak.
Menurut Mohd Amin, allahyarham bapanya ada mengadu sakit kaki beberapa hari sebelum itu.
“Ayah ada mengadu sakit kaki tetapi sudah beransur baik. Tetapi pada awal pagi tersebut, ayah mengadu kakinya kembali sakit sewaktu berada di dalam bilik air. Tidak lama kemudian, allahyarham mengalami sesak nafas dan kami terus bawa allahyarham ke hospital. Apabila sampai di Hospital Yan, doktor sahkan yang ayah saya sudah meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.” jelas Amin.
Beliau turut menambah, “Allahyarham ayah saya kerap berpuasa sunat setiap kali masuk bulan Rejab dan Syaaban setiap tahun. Tahun ini ayah saya sempat berpuasa sunat Rejab dan hanya 2 hari di Syaaban. Terasa sayu hati bila mengenangkan ayah saya sudah tiada lagi namun saya percaya ALLAH SWT lebih sayangkan dia.”
Pihak Munsyeed{Dot}Com mendoakan semoga roh allahyarham ditempatkan dikalangan hamba-hambaNYA yang beriman dan bertaqwa. Al-Fatihah.
-Munsyeed{Dot}Com
Tentang Penulis
Husaini Hussein menulis 311 artikel dalam blog ini.
Husaini Hussein, pengasas (Founder) Munsyeed{Dot}Com. Masih menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam jurusan Undang-undang. Seorang yang positif dengan pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.











