Kali ini Far East menerbitkan semula kompilasi yang memuatkan seleksi lagu-lagu mereka yang pernah dirakam dalam album-album terdahulu. Ada dua lagu baru yang dimuatkan dalam album ini. Hmm, nak jugak dengar apa yang menarik dalam album ini
Law Kana Bainana. Lagu ini dirakam semula oleh Far East. Yang menariknya, hampir 80% susunan muziknya adalah dicedok daripada muzik asal yang dirakam oleh Abdulrahman Mohammed, namun mereka telah memperbaharui muzik tersebut menjadi lebih hidup lagi. Ditambah dengan harmoni yang melatari. Inilah versi terbaik pernah saya dengar dan saya yakin anda juga akan setuju. Dan Raqib Majid AF9 menunjukkan kekuatan vokalnya dalam nyanyian kali ini. Best!
Jilbab Putih. Mantap vokal bertaranum mereka kali ini. Muzik juga sedap apabila mereka mengadun muzik tradisional arab dengan elemen muzik ala techno. Mantap lagu ini, memang alunan padang pasir yang terbaik
Lagu-lagu lainnya juga baik seleksinya. Cuma apabila dikatakan kompilasi, mungkin dapat diselitkan dengan lagu-lagu lama mereka seperti Cinta Pertama, Nursyahadah dan lagu ‘killer’ mereka, Saat Lafaz Sakinah. Hmm tapi saya percaya, mungkin ada sebab tersendiri.
Ia bukan sekadar kompilasi. Ia menyimpan khazanah Far East yang berkilau. Dapatkan yang original!
-Munsyeed{Dot}Com
Tentang Penulis
Aizat Ikhwan menulis 132 artikel dalam blog ini.
Aizat Ikhwan, Ketua Pengarang Munsyeed Corner. Beliau bertanggungjawab dengan setiap artikel, temuramah yang dijalankan serta yang menjaga kualiti berita di Munsyeed{Dot}Com versi bahasa melayu. Beliau merupakan seorang yang sangat komited dengan tugasnya walaupun sibuk dengan urusan kerja. Selain itu, beliau juga berkebolehan dalam bidang muzik dari segi mengubah dan mereka lagu.











