Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam tidak pernah sunyi daripada aktiviti agama. Terbaru, ketua bilal Masjidil Haram, Sheikh Ali Ahmad Mulla bakal membuat kunjungannya ke Masjid Negeri Selangor buat kali ketiga.
Kedatangan kali ketiga beliau ke Malaysia adalah hasil jemputan imam Masjid, Sheikh Abdul Karim Omar Fatani yang juga merupakan anak didik Sheikh Ali Ahmad Mulla.
Sheikh Ali Mulla yang terkenal dengan alunan azan yang sangat dikenali di seluruh dunia dijangka akan melaungkan azan Maghrib dan Isyak pada Jumaat, 6 Julai 2012. Semestinya, kedatangan beliau sangat ditunggu bagi dapat merasai suasana Mekah di masjid tersebut.
Beliau yang dilahirkan pada 5 Julai 1960 merupakan generasi yang telah mewarisi tugas muezzin di Masjidil Haram daripada ahli keluarga beliau sejak 1975. Beliau juga merupakan muezzin paling lama berkhidmat di Masjidil Haram
Tentang Penulis
Aizat Ikhwan menulis 132 artikel dalam blog ini.
Aizat Ikhwan, Ketua Pengarang Munsyeed Corner. Beliau bertanggungjawab dengan setiap artikel, temuramah yang dijalankan serta yang menjaga kualiti berita di Munsyeed{Dot}Com versi bahasa melayu. Beliau merupakan seorang yang sangat komited dengan tugasnya walaupun sibuk dengan urusan kerja. Selain itu, beliau juga berkebolehan dalam bidang muzik dari segi mengubah dan mereka lagu.











