You are here: Home // Berita
Rahim Inteam Dimasukkan Ke Hospital
Rahim Inteam
Semalam Munsyeed bertemu dengan Syah Inteam selepas Solat Maghrib. Syah bercerita yang salah seorang vokalis Inteam, Abdul Raim Hj Osman atau lebih mesra disapa Rahim Inteam telah dimasukkan ke hospital.
Menurut Syah, Rahim telah dimasukkan ke hospital selepas seminggu mengalami masalah bengkak di tonsil.
Selepas menjalani pemeriksaan doktor di sebuah pusat perubatan swasta terkenal Kuala...
PRU13: Hafiz & UNIC Lari Ke Luar Negara
Hafiz Hamidun dan UNIC.
Sah! Dua nama besar industri hiburan Malaysia tidak akan mengundi pada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan berlangsung pada Ahad ini. Mengikut maklumat yang kami terima, kumpulan nasyid popular UNIC telah berlepas ke Turki sejak awal minggu ini manakala Hafiz Hamidun pula bertolak ke London, UK awal pagi tadi.
Gambar Hafiz Hamidun dan bekas pemain Liverpool, Dietmar Haman...
Hafiz Hamidun Tegur Norman KRU
Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) semakin rancak dibicarakan. Dengan tempoh berkempen hanya tinggal kurang seminggu, ahli politik dan rakyat semakin giat menjalankan kempen sama ada di kawasan mereka mahupun di medium sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya. Golongan artis juga dilihat semakin lantang menyuarakan pendapat dan kecenderungan mereka.
Terbaru, Norman KRU tampil dengan kenyataan berbaur...
Ustad Jefri Al-Buchori Meninggal Dunia
Ustad Jefri Al-Buchori. Sumber gambar: Google.
Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita pulang. Pagi ini, kami mendapat berita sedih dari rakan negara seberang; Indonesia. Seorang pendakwah terkenal, Ustad Jefri Al-Buchori telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya awal pagi ini.
Dalam kejadian itu, motorsikal Kawasaki E650 yang ditunggang Ustad Jefri telah melanggar sebatang pokok di Jalan...
Tags: ustad jefri al buchori
Tips Memilih Pemimpin Oleh Matluthfi
Matluthfi dalam video terbaru beliau.
Sempena Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13), vlogger terkenal; Matluthfi telah muncul dengan sebuah lagi video terbaru berjudul Memilih Pemimpin Untuk Noobs. Video terbaru yang dimuatnaik di laman Youtube ini boleh ditonton menerusi channel Matluthfi sendiri, Matluthfi90.
Antara intipati video tersebut:
Pilihlah calon yang berkarisma dan menghormati demokrasi.
Pilihlah...
Tags: matluthfi, nama sebenar matluthfi
UNIC Perkenal Bakat Baru, Idris
Idris Shamsuddin
UNIC Records bakal perkenalkan bakat baru pertama dibawah label UNIC Records menjelang Mei 2013. Hasil risikan Munsyeed mendapati, UNIC Records sudah pun melamar Idris Shamsuddin sebagai artis baharu setelah tertarik dengan video nyanyian Idris yang menyertai Awakening Talent Contest menerusi laman Youtube.
Munsyeed cuba menghubungi Idris untuk bertanya lebih lanjut mengenai berita...
Jef Hazimin Cipta Lagu Sempena PRU13
Jef Hazimin dalam video muzik Pilihanraya Pilihan Rakyat.
Siapa tidak kenal dengan Jef Hazimin? Seorang personaliti yang aktif dan ceria dikalangan penggiat industri hiburan Islam Malaysia. Beliau yang merupakan bekas ahli kumpulan Bangsar Boys yang popular satu ketika dahulu kini menjalani kehidupan yang sederhana disamping aktif menjalankan program motivasi dan latihan di seluruh Malaysia.
Terbaru,...
Artis Baru HRSB – Taleeb Mizad
Taleeb Mizad
Mungkin ketika nama Abdul Muttaleeb Mizad diumumkan pada 15 Disember 2012 di Anugerah Planet Muzik Singapura, tidak ramai yang mengenali beliau. Anak muda kelahiran Muar, Johor Darul Takzim ini sememangnya seorang anak muda yang berjiwa seni dan seharusnya dijadikan contoh anak muda yang berjaya dikalangan belia. Taleeb Mizad, dilahirkan di Muar Johor pada 6 Februari 1989. Beliau merupakan...
Zikir Zindagi Laris, Catat Jualan Tertinggi
Zikir Zindagi – Ustaz Haslin Baharim
Semalam, Munsyeed sempat berhubung dengan Azlan UNIC Records sebelum dia berlepas ke Jakarta, Indonesia. Kami bertanyakan tentang jumlah jualan album Zikir Zindagi yang sedang meletup-letup di pasaran sekarang. Menurut Azlan atau lebih mesra disapa Alan, setakat bulan ini, sudah 15,000 unit album Zikir Zindagi Ustaz Haslin Bollywood ini terjual! Walaupun baru...
Adibah Dinobat Juara Dai Milenia Musim 1
Dai Adibah bersama Dai Azamuddin dan Dai Hadhari bersama replika cek yang dimenangi. Sumber gambar: Instagram TV3.
Finalis Wanita Tunggal Dai, Nor Adibah Binti Rozain telah dinobatkan sebagai Juara Dai Milenia Musim Pertama. Adibah telah diangkat sebagai Juara Program Realiti TV Islami anjuran TV3 selepas berjaya menambat hati para juri di Pusingan Akhir Dai Milenia yang berlangsung pada petang tadi...
Tags: Dai milenia, juara dai milenia
VMen Pertaruhkan Laungan Cinta
Voice of Men. Sumber: FB Voice of Men.
Kumpulan vokal berharmoni yang menamakan diri mereka “Voice of Men” (VMen) tampil membuat penampilan pertama dalam industri muzik tempatan dengan mempertaruhkan single bertajuk “Laungan Cinta” (LC) terbitan bersama VMen dan salah seorang ahli kumpulan VE, Damian Mikhail.
Bergenre Pop R&B, Laungan Cinta membawakan mesej bahawa segala kesusahan dalam...
Imam Masjid Nabawi Kunjungi Malaysia
Fadhilatul Al-Syeikh Solah Muhammad Al-Budair. Sumber gambar: Google.
Imam dan khatib Masjid Nabawi, Fadhilatul Al-Syeikh Solah Muhammad Al-Budair, akan berada di negara ini mulai Jumaat sehingga 4 Mei ini sebagai tetamu kerajaan Malaysia.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha berkata Fadhilatul Al-Syeikh Solah akan berada di beberapa lokasi di negara ini sepanjang...
Fakhrul UNIC Juara Tilawah Quran Kedah
Fakhrul Juara Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kedah. Sumber gambar: Facebook Fakhrul.
Baru-baru ini, Munsyeed mendapat berita gembira dari salah seorang wakil UNIC Records. Katanya, salah seorang vokalis UNIC, Fakhrul Radhi Khamaruddin atau lebih popular dengan nama Fakhrul UNIC telah menjadi Juara Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kedah bagi tahun 2013/1434H.
Alhamdulillah. Tahniah...
Tags: tilawah al-quran 2013
Zaidi Wildan Hidap Penyakit Misteri
Penulis lirik terkenal, Ito Lara meluangkan masa menziarahi sahabatnya, Zaidi Rustam di rumah beliau di Kampung Jawa, Klang. Sumber gambar: Ito Lara.
Vokalis utama kumpulan Wildan, Zaidi Rustam dikatakan telah mengidap satu penyakit misteri awal bulan ini. Zaidi yang merupakan anggota paling senior kumpulan Wildan telah terlantar sakit dan mengalami kesukaran untuk bergerak akibat penyakit misteri...
Fachreza Rilis Single Munajat Hamba
Fachreza dan Fiq – Munajat Hamba
Artis religi solo Indonesia, Fachreza Farhman muncul dengan single terbaru berjudul Munajat Hamba. Fachreza yang menetap di Jakarta, Indonesia, merupakan artis religi solo yang bernaung dibawah syarikat pengurusan F2 Management.
Menerusi lagu Munajat Hamba, Fachreza telah menyanyikan lagu ini secara duet bersama Fiq (Ustad Rahied) yang merupakan hos program Journey...
Tags: fachreza farhman, munajat hamba
Rabbani & Inteam Tangguh Konsert Demi PRU
Berdasarkan info yang kami perolehi setakat ini, sekurang-kurangnya dua konsert nasyid mega bakal ditangguhkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Parlimen Malaysia ke-13 (PRU 13) untuk diadakan.
Rabbani
Rabbani Production (M) Sdn Bhd telah menghubungi pihak Munsyeed{Dot}Com memberitahu mengenai penangguhan Konsert Kemuncak Rebuild Gaza yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada hujung April...








