Iklan

Munsyeed{Dot}Com kini menyediakan peluang buat individu mahupun syarikat yang ingin menempatkan iklan di website kami. Sila baca untuk maklumat lanjut.
KOD & TAPAK RUANG IKLAN
CIRI-CIRI IKLAN
1. Static
Banner akan diletak dilokasi yang telah dimaklumkan secara statik (tidak berubah tempat) walaupun selepas ‘Refresh’.
2. Rotational
Banner akan diletak dilokasi yang telah dimaklumkan secara statik (tidak berubah tempat) tetapi akan bertukar-tukar dengan banner lain selepas ‘Refresh’.
TERMA & SYARAT
1. ‘Pelanggan’ di dalam terma & syarat ini adalah merujuk kepada individu atau syarikat yang menghantar permohonan untuk beriklan atau yang sedang beriklan di website Musyeed{Dot}Com (termasuk website utama dan subdomain).
2. Manakala, kata nama ‘Munsyeed{Dot}Com’ di dalam terma & syarat ini adalah merujuk kepada pihak pengurusan ‘Munsyeed{Dot}Com yang menyelenggara unit pengiklanan ini.
3. Saiz ukuran banner adalah dalam unit piksel (pixel) seperti yang telah dimaklumkan dan mestilah bersaiz kurang daripada 40kB.
4. Format banner yang dibenarkan adalah gif, jpg, png & swf yang tidak melebihi saiz yang telah dimaklumkan.
5. Lokasi dan jenis pengiklanan adalah seperti yang telah dimaklumkan.
6. Setiap iklan mestilah mematuhi Undang-undang Syariah Islam dan Undang-undang Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
7. Munsyeed{Dot}Com hanya membenarkan pengiklanan tentang laman web, projek, perniagaan atau produk berunsur positif sahaja yang dibenarkan oleh hukum syara’. Selain itu, iklan yang berunsur politik, produk untuk hubungan intim (seperti produk meningkatkan tenaga batin), produk pakaian dalam, produk yang haram (seperti arak) dan program skim cepat kaya adalah tidak dibenarkan.
8. Syarat tambahan, semua ikon atau model yang dipaparkan sebagai iklan hendaklah menutup aurat.
9. Banner mestilah dibekal atau dibuat sendiri oleh pelanggan. (Hubungi kami sekiranya memerlukan khidmat Munsyeed{Dot}Com untuk rekabentuk banner)
10. Khidmat perkhidmatan iklan ini adalah dalam bentuk digital dan bukannya dalam bentuk cetakan (seperti surat khabar).
11. Pengiklanan akan bermula setelah pembayaran penuh dijelaskan.
12. Tempoh pengiklanan akan bermula sebaik sahaja Munsyeed{Dot}Com memaparkan banner pelanggan di ruangan iklan melainkan jika pelanggan memaklumkan tarikh spesifik untuk memulakan tempoh pengiklanan di Munsyeed{Dot}Com.
13. Setelah pembayaran dijelaskan, pulangan (refund) boleh diberikan jika tempoh pengiklanan pelanggan belum bermula. Manakala, jika tempoh pengiklanan pelanggan telah bermula, refund tidak akan diberikan dalam apa jua isu sekali pun.
14. Sementara pelbagai usaha dijalankan untuk meneruskan operasi laman web Munsyeed{Dot}Com selama 24 jam, Munsyeed{Dot}Com tidak akan mengganti sebarang kerugian yang dialami oleh pelanggan jika berlaku downtime pada laman web untuk suatu tempoh kurang daripada 8 jam. Jika downtime laman web berlangsung melebihi 8 jam, Munsyeed{Dot}Com akan mengganti kerugian yang dialami dengan 24 jam tempoh pengiklanan tambahan.
15. Munsyeed{Dot}Com tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan yang dilakukan oleh pihak pelanggan.
16. Munsyeed{Dot}Com tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang kerugian, kesilapan teknikal, domain suspended, overused dan sebagainya keatas link yang pihak pelanggan bekalkan.
17. Semua kadar dan tarif pengiklanan adalah tertakluk kepada perubahan. Pelanggan yang telah menerima invois/resit atau telah bermula tempoh pengiklanan di Munsyeed{Dot}Com adalah dilindungi daripada penukaran kadar dan tarif baru sehingga kontrak pengiklanan tamat.
18. Munsyeed{Dot}Com berhak untuk memberhentikan pengiklanan pelanggan tanpa sebarang notis dan refund jika didapati melanggari terma & syarat di atas.
19. Kadar, tarif, terma dan syarat pengiklanan di atas bermula dari 1 Ogos 2011 sehingga kini.
CARA TEMPAHAN
1. Menggunakan borang tempahan online. Klik sini. (http://iklan.munsyeed.com)
ATAU
2. Hubungi kami melalui e-mail ads[a]munsyeed.com dengan mengemukakan maklumat berikut:
i. Nama penuh / Nama syarikat :
ii. Alamat penuh :
iii. Nombor telefon :
iv. Kod pakej pilihan :
v. Tempoh pengiklanan (minimum: 30 hari) :
vi. Tarikh mula pengiklanan :
vii. Pautan kepada laman web :
ATAU
3. Hubungi kami melalui telefon di talian 013-3005038 (Husaini Hussein)













Komen Ditutup