Your are here: Home // Posts Tagged With along safa
Travelog Nasyid Bahagian 1.
PENGENALAN AWAL
Inteam (formerly known as In-Team) ditemubual selepas Konsert Satu Nada di Jakarta, Indonesia.
Masih ingat di kala nasyid meletup suatu masa dulu? Pada tahun 2003, 2004? Wah, sang penasyid tidak menang tangan menguruskan perihal urusan seharian mereka. Bermulalah dari rekord lagu di studio, promosi album, jemputan persembahan, memenangi anugerah hinggalah menjadi tetamu di sana sini.
Panggilan...
Nasyid Adalah Dakwah – Along Safa
Kumpulan nasyid bertaraf antarabangsa, Raihan. -Gambar sekadar hiasan.
Baru-baru ini saya terbaca satu artikel di Harian Metro yang memetik pandangan seseorang berkaitan dakwah menerusi lagu. Insan yang memberi pandangan tersebut adalah Izam vokalis kumpulan E.Y.E. Sebagai seorang yang menyelosori dunia hiburan terutama menerusi nasyid, saya berasa seperti ‘dilempang’ oleh seorang...
Asri Ibrahim Perjuangkan Nadamurni
Nada Murni adalah Asri Ibrahim?
Jika di dalam hati sudah kita semat dengan sifat perjuangan, sampai bila-bila sifat perjuangan itu akan bertapak di dalam diri. Semakin hari, perjuangan menjadi darah daging dalam seluruh kehidupannya. Alangkah bahagia hati insan ini yang terus berjuang sehinggalah di hujung kehidupannya.
Dibesarkan di dalam keluarga yang sememangnya berdarah perjuangan Islam,...
Wujudkan Nasyid Segarang Shoutul Harakah
Semua peminat nasyid rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi dengan kumpulan nasyid Shoutul Harokah. Jika peminat nasyid itu berjiwa pejuang, sudah pasti Shoutul Harokah menjadi kumpulan nasyid yang wajib dikenali. Kumpulan Shoutul Harokah merupakan kumpulan yang berasal dari negara Indonesia. Kumpulan ini mendapat tempat di hati pendengar nasyid dan masyarakat Malaysia kerana muzik yang dibawanya...
Nasyid sampai bila?
Nasyid sampai bila?
Jika mahu dikira bermula semasa Nasyid naik mendadak pada tahun 1996 sehingga tahun 2010 ini, usia industri nasyid adalah 14 tahun. 14 tahun merupakan satu usia yang menampakkan kematangan nasyid mengharungi asam garam di dalam dunia seni. Tidak lama lagi kita akan masuk ke tahun 2011. Maka nasyid akan menjejak usianya ke 15 tahun. Jika diimbas selama 15 tahun ini, tentu banyak...
Ustazkah penasyid?
Menyelosori sudut dunia hiburan di Malaysia, wujudnya satu perjuangan seni yang membawa tema ‘islam’ dalam setiap penghasilan yang dilakukan. Perjuangan ini dikaitkan dengan Islam kerana apa yang dikatakan oleh mereka tidak kira melalui bait lirik, wawacancara, liputan akhbar dan sebagainya menampakkan perjuangan mereka adalah untuk agama Islam. Mereka membawa juga imej Islam di setiap penampilan...
Nasyid Rock atau Rock Nasyid?
Penyatuan antara nasyid dan rock kini sudah tidak asing lagi. Artis nasyid dan artis rock kini dilihat agak kamcing dan mempunyai hubungan yang akrab. Maka tidak hairanlah apabila wujudnya lambakan lagu kolaborasi antara nasyid dan rock.
Jika dahulu, situasi ini dilihat agak janggal. Ini kerana pada waktu itu, dominasi peminat nasyid hanya melihat nasyid pada satu sudut yang sempit. Situasi ini juga...
Mengapa Minat Nasyid?
“Siapa yang minat nasyid angkat tangan!” saya bertanya kepada sekalian peserta sebuah kursus anjuran syarikat konsultan kami. Kelihatan ramai yang mengangkat tangan. Biasanya pelajar-pelajar sekolah memang meminati nasyid. Terutama sekali pelajar perempuan.
Namun, hati saya agak sayu apabila melihat ada beberapa pelajar lelaki dan perempuan tidak mengangkat tangan. “baik, yang tidak angkat...
Antara Nasyid dan Mirwana
Mirwana di dalam klip video Manifestasi Cinta, featuring Fiq Mentor.
Saya diminta oleh seorang sahabat agar menulis sesuatu berkaitan kumpulan Mirwana. Malah, adik saya juga bertanyakan kepada saya, “sudah tengok video klip Mirwana dan Fiq?”. Adik saya yang berjiwa rock itu sendiri bertanya seperti mempertikai mengapa Mirwana berada disitu berkongsi lagu, berkongsi video klip bersama Fiq.
Saya...
Mengenang Fenomena Nasyid
Fenomena nasyid di Malaysia sudah wujud sekian lama. Awalnya mungkin pengaruh nasyid ini dipelopori oleh penasyid veteran seperti Al-Jawaher, Al-Mizan dan yang seangkatan dengannya. Kehadiran kumpulan nasyid ini dilihat satu sudut yang baru dalam dunia seni tetapi kurang dipandang oleh masyarakat lantaran kekurangan nilai komersial. Pada waktu itu, yang mendapat tempat di kalangan masyarakat...








