Categories: Terkini

12 Rancangan Menarik di TV AlHijrah Sempena Ramadan Tahun Ini

TV AlHijrah telah memulakan kempen Ramadan dengan menyiarkan barisan rancangan-rancangan yang memanfaatkan penontonnya bermula 6 April 2021 yang lalu. Kempen ini akan dilaksanakan sehingga Ramadan terakhir 1442H.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Encik Namanzee Harris TV AlHijrah meneruskan tradisi perkongsian ilmu dan kebaikan menerusi siaran rancangan-rancangan terbaik Ramadan 1442H kali ini.

“Setelah diperhalusi dan diteliti, TV AlHijrah mengangkat tema Andai Ini Ramadan Terakhir sebagai tunjang penerbitan setiap rancangan Ramadan stesen kami.

“Menerusi tema ini, kita mahu saling ingat mengingati sesama insan bahawa kematian itu pasti menjemput tanpa mengira pangkat, darjat mahupun harta. Untuk itu, kita perlu berterusan meningkatkan amalan dan berbuat kebaikan apatah lagi di bulan Ramadan, bulan yang dipenuhi berkat dan keampunanNYA.

“Kita mahu semua yang menonton TV AlHijrah pada Ramadan kali ini beroleh manfaat serta menanam semangat dan iltizam untuk mempertingkatkan amalan hingga ke hari terakhir Ramadan seterusnya mengekalkannya sepanjang kehidupan.” tambah beliau lagi.

Perencanaan kempen Andai Ini Ramadan Terakhir ini didokong oleh dua belas program baru yang akan menjadi panduan buat penonton dalam usaha membudayakan ibadat berpuasa mengikut sunnah Baginda Rasulullah SAW.

Rancangan-rancangan tersebut adalah rancangan bual bicara Sebuah Kehidupan, Drama Andai Ini Ramadan Terakhir, Aura Al-Qadar, animasi Omar dan Hana, rancangan masakan Camca, Ihya Ramadan, Ittabiouni, Dokumentari Al-Farabi, My #HadithTime, Haflah, E-Kaunter Netizen dan Hijrah Berselawat.

Namanzee turut berkata bahawa disamping program-program yang disiarkan di televisyen, TV AlHijrah turut melancarkan dua inisiatif lain untuk Ramadan iaitu inisiatif platform media digital dan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR.

Ujar beliau, tiga rancangan baharu akan menemui pelayar laman facebook TV AlHijrah sepanjang Ramadan iaitu rancangan Ah-Liow Kitchen, Sabar with Sabran dan juga program tinjauan orang ramai (Vox Pop) seandainya mereka mengetahui ini adalah Ramadan terkhir buat mereka. Buat pertama kalinya, stesen ini turut menganjurkan pertandingan menulis esei Andai Ini Ramadan terakhir yang menawarkan hadiah lumayan buat pemenang.

“Selain itu, kami turut gerakkan Skuad Bubur Lambuk TV AlHijrah yang akan turun padang menyantuni masyarakat serta berdakwah melalui frontliner. 10 buat motosikal yang membawa imej TV AlHijrah akan menyantuni dengan membuat edaran bubur lambuk resepi Kampung Baharu.

Lima belas lokasi terpilih sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang menjadi lokasi tumpuan masyarakat setempat akan dilawati Skuad Bubur Lambuk TV AlHijrah. Antaranya adalah Hospital Besar Kuala Lumpur, perkampungan Orang Asli Gombak, Kawasan sekitar Chow Kit, stesen LRT dan banyak lagi lokasi tumpuan lain.

Jadi, jangan lupa untuk menjadikan TV AlHijrah sebagai ladang ilmu anda pada bulan Ramadan ini. Banyak perkongsian bermanfaat penonton pelbagai lapisan usia telah disediakan. Layari laman sesawang TV AlHijrah www.tvalhijrah.com untuk maklumat lanjut.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago