Tempatan

Laa, Gema Gegar Vaganza bukan untuk nasyid rupanya!!

POLEMIK dan salah faham tentang konsep Gema Gegar Vaganza terus menjadi topik perdebatan dikalangan peminat dan penyokong industri nasyid. Malah, perdebatan yang mulanya secara sihat kini sudah mula meleret-leret sehingga sudah ada yang berani menyindir, memperlekeh malah ada yang lebih berani, ‘membelasah’ terus artis-artis yang terlibat di media sosial.

Tampil menjelaskan keadaan semasa, kami sempat menemubual Akmal daripada kumpulan Mirwana. Dia sendiri sudah dapat meneka, GGV pasti akan membuatkan ramai orang tidak senang.

“Secara dasarnya, agama dan seni muzik adalah dua cabang yang berbeza. Ini juga bermaksud pendakwah dan penyanyi juga entiti yang berasingan. Dan semua orang tahu, agama ni tidak boleh dicampur aduk dengan muzik contoh kau nak muzikkan ayat-ayat Al-Quran, bacaan dalam solat. Mana boleh semua tu.

Walaupun begitu, Akmal menjelaskan bahawa walaupun agama dan seni muzik adalah dua perkara yang berbeza, namun ia boleh bergerak seiring.

“Apa yang kami lakukan ialah menjadikan muzik sebagai satu medium untuk menyampaikan dakwah dan mesej-mesej positif. Itu yang kami para penasyid pegang sampai ke hari ini.

Menurut Akmal dari kumpulan Mirwana, program GGV ini sebenarnya bukanlah program nasyid, namun ia adalah satu program di mana para penyanyi dan pengkarya seni mengunakan program tersebut untuk menyampaikan mesej-mesej positif melalui lagu-lagu daripada pelbagai genre muzik.

“Para peminat di luar sana bertelingkah sebab mereka tak faham konsep sebenarnya. Namun apapun, kami tetap menghargai setiap kritikan sebab semua orang ada pandangan masing-masing. Tapi bagi kami, kami ada pegangan kami sendiri.

Ahli kumpulan UNIC, Bazli Hazwan ketika ditemui turut bersetuju dengan pandangan Akmal Mirwana. Menurut beliau, salah faham menjadi punca utama huru-hara dikalangan peminat nasyid sejak GGV disiarkan Astro Sabtu lepas.

“Yang paling utama, semua orang kena faham, GGV ni bukan pertandingan lagu nasyid dan bukan juga pertandingan lagu dakwah. Ia sama sahaja dengan Gegar Vaganza yang biasa tu, cumanya kali ini lagu-lagu yang dipilih untuk program ini berkonsepkan lagu bermesej positif dan nasihat, tak kira ianya rock ke, pop ke. Dan yang istimewanya, mereka panggil para penasyid untuk joint sama memeriahkan program.

“Astro buat rancangan ini sebab mereka ada strategi pemasaran mereka di mana mereka mahu menarik perhatian para peminat nasyid, dalam masa yang sama juga nak tarik para penonton yang kurang meminati nasyid.

Menurut Bazli lagi, secara tak langsung dengan strategi pemasaran yang sebegini, para penasyid terkena tempiasnya di mana mereka akan semakin dikenali. Malah dikhabarkan, rating tak rasmi Konsert GGV pada malam Sabtu lepas telah mencecah lebih daripada jangkaan awal jumlah tontonan yang disasarkan.

“Kami sangat menghargai platform yang disediakan untuk exposekan lagi para penasyid. Kalau tak, muka-muka ni hanya keluar di TV Alhijrah, dan Radio Ikim. Balik-balik waktu solat. Sapa nak tengok?

Kami menemui pula anggota Saujana, Suffian Amrin untuk memberikan komen namun beliau sekadar menggelengkan kepala sambil tersenyum, sangat manis.

“Peminat nasyid ni tak memahami betul-betul apa yang kami buat. Astro dah sediakan platform untuk kami kembangkan lagi karier kami. Tapi itulah, siapalah kami nak tutup mulut orang. Kami buat itu salah, ini salah.

“Susah nak puaskan semua orang. Orang akan sentiasa bercakap apa yang kita buat. Terutamanya orang kita. Terpulanglah orang nak nilai bagaimana,” katanya ringkas.

– Munsyeed

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago