Categories: AlbumUlasan

Review Album: Raihan – Lagu-Lagu Hafalan

Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan teknik pembelajaran yang berkesan. Seawal usia muda, pendedahan perlu diberikan agar apa yang diajar dapat diingati. Perkara-perkara seperti Asmaul Husna, Rukun Islam dan Rukun Iman nama-nama rasul dan malaikat dan sebagainya merupakan antara perkara asas yang wajib diajarkan pada kanak-kanak sejak kecil lagi.

Menyedari hakikat itu, Raihan Records mengambil inisiatif mereka dengan menerbitkan sebuah album yang bertajuk Lagu-lagu Hafalan. Album tersebut mengandungi pelbagai lagu yang berdasarkan asas agama Islam yang sepatutnya diajar pada kanak-kanak sejak kecil.

Apa yang menarik dalam album ini ialah, setiap alunan lagu tersebut dinyanyikan dengan melodi yang cukup catchy, sesuai untuk menarik kanak-kanak untuk turut menghafaz lagu tersebut. Dalam erti kata lain, ia turut memudahkan kanak-kanak memahami apa yang diajar.

Album ini adalah terbitan Raihan Records dan diedarkan oleh Inteam Records. Juga boleh didapati di laman web www.inteammobile.com -Munsyeed{Dot}Com

 

*Hantarkan album anda untuk dimuatkan dalam Segmen Ulasan Album. Hubungi kami melalui email- munsyeed@gmail.com

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

2 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

2 months ago