1 comment

Famili UNIC medium terbaik dekati peminat

by on October 21, 2010
 

Baru-baru ini, pihak Munsyeed ada menjalankan interview secara online bersama Presiden Famili UNIC yang pertama, Saudara Jamal Rafaie. Beliau yang aktif berblog di www.jamalrafaie.com dilihat acapkali mengikuti kumpulan UNIC dimana-mana persembahan pentas kumpulan tersebut. Selaku Presiden Famili UNIC, Jamal Rafaie dilihat sebagai pengantara paling dinamik diantara kumpulan UNIC dan Famili UNIC. Ikuti wawancara ringkas Munsyeed bersama Jamal Rafaie.

Jamal Rafaie

Jamal Rafaie

MUNSYEED: Boleh cerita serba sedikit sejarah penubuhan Famili UNIC?

JAMAL RAFAIE: Famili UNIQUE adalah Sahabat UNIC pada asalnya. Sedia maklum, Sahabat UNIC telah pun diwujudkan semenjak UNIC mula membina nama di persada seni tanah air. Ketika itu, para peminat bergiat dalam satu organisasi iaitu Sahabat Hijjaz pada dasarnya.

Namun, di sepanjang penubuhan Sahabat UNIC, tidak ada satu organisasi yang rasmi bagi menjalankan aktiviti kelab. Menyedari hakikat ini, UNIC mencari satu langkah yang khusus untuk terus meneruskan kesinambungan Sahabat UNIC agar tidak hilang begitu sahaja dan akhirnya satu Jawantankuasa dibentuk.

UNIC menukar nama mereka kepada UNIQUE akibat masalah yang tidak dapat dielakkan, nama Sahabat UNIC itu ditukar kepada Famili UNIQUE. Alhamdulillah, UNIQUE kembali menggunakan nama UNIC dan nama fan club juga ditukar kepada Famili UNIC.

Penukaran “Sahabat” kepada “Famili” diharap dapat mengeratkan lagi hubungan antara peminat dan UNIC.

MUNSYEED: Misi dan visi Famili UNIC?

JAMAL RAFAIE: Misi Famili UNIC ialah untuk mendekatkan peminat nasyid khususnya kumpulan UNIC dengan aktiviti dan perkembangan UNIC itu sendiri. Dengan cara ini, para peminat dapat mengenali siapa ahli-ahli UNIC dengan lebih dekat.

Visi kami tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memartabatkan industri nasyid di Malaysia. Sedia maklum, nasyid kurang mendapat perhatian daripada media perdana, oleh itu kita sebagai pendokong nasyid Malaysia haruslah memainkan peranan bagi membawa nasyid ke mata masyarakat secara total (hiburan utama).

MUNSYEED: Kalau dilihat, penubuhan fan club artis ini bertujuan untuk mendekatkan peminat dengan artis, apakah pendekatan FU untuk mendekatkan peminat dengan Famili Unique tu sendiri?

JAMAL RAFAIE: Kami mengalakkan para peminat untuk memeriahkan Facebook UNIC. Dengan cara ini, mereka dapat berinteraksi secara terus (maya) dengan ahli-ahli UNIC. Mudah cerita, jika hendak mengikuti perkembangan UNIC, silalah memeriahkan fan page tersebut.

Setakat ini, Famili UNIC belum mengambil ahli secara rasmi, ianya terbuka kepada semua untuk melibatkan diri. Jawatankuasa yang ada hanya bertindak bagi mengurus dan menganjurkan aktiviti untuk para peminat dan semua dijemput untuk menyertainya. Bagi peminat yang bersedia untuk membantu, dialu-alukan penglibatan kalian.

MUNSYEED:Ada pihak menganggap kadang-kadang fan club artis nasyid ni hanyalah untuk ‘syok sendiri’. Bagaimana FU mahu menangkis tanggapan Ini?

JAMAL RAFAIE: Penubuhan fan club adalah bertujuan untuk memberi sokongan kepada artis yang diminati. Dimudahkan cerita, fan club ditubuhkan bagi yang ‘syok’ dengan satu-satu artis itu.

Namun, FU tidak mengamalkan dasar ‘syok sendiri’. Hal ini dapat ditangkis dengan keterbukaan untuk menyertai program-program yang melibatkan UNIC. Sesiapa sahaja boleh menyertai dan tidak tertutup untuk sesetengah peminat sahaja.

MUNSYEED: Bagaimana konsep program yang ingin diterapkan oleh FamilI UNIC untuk membezakan program anjuran Famili Unique dan fan club nasyid yang lain?

UNIC tidak menganggap diri mereka sebagai artis jika di bawah pentas. Oleh itu, program-program yang FU anjurkan lebih kepada program yang mendekatkan UNIC dengan peminat. UNIC lebih menggemari program yang mengumpulkan para peminatnya seperti Kembara Amal UNIC Ke Kelantan (2008) dan Kembara Amal UNIC Ke Utara (2009) yang lalu. Alhamdulillah, program ini mendapat reaksi yang positif daripada peserta yang menyertai program tersebut. Program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang. Insya-Allah..

MUNSYEED: Harapan dan pesanan untuk para peminat UNIC

JAMAL RAFAIE: UNIC mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Ianya berkaitan dengan keluar masuk ahlinya dan konsep lagu-lagu yang dipersembahkan. Harapan saya, jika meminati UNIC, minatlah dengan lagu dan penyampaian, dan bukannya dari segi suara dan paras rupa semata-mata. Harus diingat, nasyid bukanlah sekadar halwa telinga, tetapi lebih kepada penghayatan Islam yang menembusi hati nurani para pendengarnya.

Apa yang penting dalam industri nasyid adalah dakwah yang hendak disampaikan kepada para pendengar tidak kira kecil, besar, tua ataupun yang muda.

Jika mempunyai apa-apa idea untuk membangunkan Famili UNIC, usah segan usah malu untuk menyampaikannya menerusi Facebook.

Layari laman web UNIC (www.unicrecords.com.my) dan Facebook UNIC bagi terus berhubung dengan UNIC dan Famili UNIC. Dijemput semua untuk mengambil bahagian sekiranya Famili UNIC mengajurkan apa-apa aktiviti pada masa akan datang. Insya-Allah..

“Umat Islam Harus Cemerlang, Hari Ini Mesti Lebih Baik Dari Semalam”

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response