0 comments

Nasyeed.com Meterai Perjanjian Bersama Sony Music

by on October 16, 2010
 

Nasyeed.Com baru-baru ini telah maju setapak lagi apabila syarikat yang banyak mengeluarkan rilisan bercorak hiburan Islam itu telah menjalinkan kerjasama dengan salah satu label besa rindustri muzik, Sony Music Entertainment Malaysia Sdn. Bhd.

Dalam satu kenyataan yang diberikan pada pihak MUNSYEED.COM, perjanjian itu telah di meterai bersama pada hujung September 2010  dimana pihak Nasyeed.Com diwakili oleh Ketua Pegawai Operasinya, Muhammad Razin Che Mud manakala Sony Music diwakili oleh Pengarah Urusannya, Andrian Lim.

Menurut mereka, Nasyeed.Com akan memberikan lebih tumpuan kepada  edaran produk ke pasaran ’tradisional’ seperti kedai-kedai buku agama, kedai menjual peralatan ibadah dan seumpamanya manakala pihak Sony Music pula lebih menjurus kepada pasaran ’mainstream’ iaitu kedai-kedai CD dan kaset di seluruh Malaysia.

Ketika ditanya kenapa memilih Sony Music sebagai rakan strategik, Muhammad Razin yang juga anggota kumpulan nasyid Mestica menjelaskan bahawa pihaknya yakin dengan kemampuan yang ada pada Sony Music mampu memberi satu suntikan baru kepada aktiviti pengedaran album nasyid.

“Lagipun sebelum ini hanya ada satu syarikat rakaman antarabangsa saja di Malaysia yang terlibat dalam pengedaran album nasyid melalui kerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan. Apa salahnya kita rintis satu lagi jalan baru?”Jelas beliau

Menurutnya lagi, kerjasama yang telah mula terjalin sejak pembikinan album penyanyi wanita terkenal, Aishah bertajuk Anak itu diharap akan dapat menyemarakkan lagi industri nasyid secara umumnya. -MUNSYEED.COM

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response