1 comment

Penasyid Lama Dan Baru Tercalon pada ABPBH 2010

by on November 27, 2010
 

Gabungan para penasyid lama dan baru telah disenarai pendek dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010. Pada tahun ini, senarai pendek pencalonan anugerah berprestij yang dianjurkan Berita Harian itu menyaksikan penasyid lama dan baru sama-sama mendapat tempat dalam pencalonan tersebut.

Hijjaz, Raihan dan Rabbani adalah diantara penasyid yang turut sama disenarai pencalonan awal. Apa yang menarik, pencalonan kali ini turut menyenaraikan muka-muka baru dalam industri nasyid seperti Fine, Al-Farabi, R-iF dan beberapa lagi nama.

Anugerah yang menjadi acara tahunan buat akhbar Berita Harian itu diputuskan dengan undian pembaca. Para pembaca boleh mengundi penasyid pilihan mereka melalui borang-borang yang telah disediakan di dalam akhbar Berita Harian dan Berita Minggu.

Berikut disenaraikan calon-calon Anugerah Artis Nasyid Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010.
1. Al Farabi
2. Ar-Rasy
3. El-Hikmah
4. Fine
5. Far East
6. Generasi Harapan
7. G-Heart
8. Hijjaz
9. Inteam
10. Iftitah
11. Iq One
12. Miwarna
13. Mel
14. Mawaddah
15. Rabbani
16. Raihan
17. R-iF
18. Syifa
19. Suhaimi
20. Saujana
21. Salleh
22. UNIC

MUNSYEED.COM

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 
  • December 1, 2010 at 1:14 am

    salam buat semua para penggemar nasyid di Malaysia/ Indonesia/ Singapura/ Brunei dan juga yang lain2nya :)

    R-iF adalah singkatan kepada Remember [email protected] Forever. Merupakan alumni dan graduan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam, Selangor.

    Telah menerbitkan album yang berjudul “R-iF Percayalah”. Antara komposer yang turut menyumbangkan lagu di dalam album ini ialah AMAR, Fazli FarEast, Suhaimi (Ex-Inteam), Hafiz Hamidun, Abd Halim Devotees. Turut menyumbangkan lagu ialah pensyarah PSA iaitu Ustaz Khairul Napisham dan Pengurur/ Penerbit R-iF iaitu Zamruddin Muhidin atau lebih dikenali sebagai Abg-Long.

    Preview lagu2 boleh dilayari di youtube (http://www.youtube.com/watch?v=nnoru01wLmQ&feature=BF&list=ULoomSDokJjxs&index=1) dan juga laman sesawang R-iF (http://www.percayalah.net)

    Itu saja info berkenaan R-iF. Terima kasih kepada semua yang telah membantu/ menyokong/ mengundi R-iF. Doakan semoga kami berjaya di dunia dan akhirat.

    Salam 1 Ummah :)

    Reply

Leave a Response