0 comments

Rastudio Jalin Kerjasama Dengan Penasyid Indonesia

by on December 2, 2010
 

Rastudio Management kini mengorak langkah ke hadapan dengan menjalinkan kerjasama bersama penyanyi religi dari Indonesia, Dodi Hidayatullah. Rastudio Management, milik Syed Azlan atau lebih dikenali sebagai Alan telah diberi kepercayaan untuk mempromosi dan menjalankan pengurusan single terbaru bagi Dodi Hidayatullah.

Single pertama Dodi Hidayatullah yang berjudul Kerajaan Cinta telah mula diputarkan di radio Nasyid.FM dan Cahaya.FM. Menurut Alan, single pertama ini akan mula diputarkan radio IKIM.FM selepas proses penelititan dijalankan.

Single yang bakal ‘ngetop’ di pasaran ini adalah nyanyian Dodi Hidayatullah berduet bersama Mizan yang juga dari Indonesia.

Menyentuh mengenai judul single pertama yang diberi nama Kerajaan Cinta, Alan menepis tanggapan yang mengatakan bahawa ini adalah lagu jiwang. Menurut Alan, lagu Kerajaan Cinta nyanyian Dodi Hidayatullah feat Mizan ini bukan lagu jiwang sebaliknya ia adalah sebuah lagu religi yang mengisahkan tentang kecintaan kepada ALLAH swt.

Alan juga berharap agar lagu Kerajaan Cinta ini akan menjadi perintis kepada penerbitan single terbaru Dodi Hidayatullah dibawah label Rastudio Management dimasa akan datang.-MUNSYEED.COM

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response