1 comment

Devotees Akan Terus Berjalan Tanpa Henti

by on June 2, 2011
 

Bukan mudah menjadi Adi Akmal, Muhammad, Halim dan Shauqi! Perjalanan seni mereka begitu getir dan penuh onak dan duri. Disaat rakan seperjuangan menghasilkan album tahun demi tahun, Devotees dihambat satu persatu dugaan yang begitu mencabar perjuangan dakwah mereka. Namun, dengan kemunculan Album Terbaru mereka; Berjalan Tanpa Henti, Devotees membuktikan yang mereka bukan artis picisan yang mudah mengalah apatah lagi gugur di pertengahan perjalanan!

Keutuhan persahabatan Adi Akmal, Muhammad, Halim dan Shauqi menjadi salah satu kunci utama kejayaan mereka menempuhi mehnah dan tribulasi dalam perjalanan seni. Satu persatu ujian ditempuhi secara Bersama. Pengalaman lalu benar-benar mematangkan mereka. Kali ini Devotees tampil dengan sebuah masterpiece yang cukup mengagumkan. Sesuai dengan usia 6 tahun di dalam industri, karya terbaru mereka, Berjalan Tanpa Henti adalah hadiah paling bernilai, ikhlas dari lubuk sanubari mereka buat para peminat yang tidak jemu memberi sokongan dan kata-kata semangat buat mereka.

Devotees yang kini menjadi Duta EZ Qurban menzahirkan rasa syukur dengan kelahiran buah tangan terbaru mereka ini. Album yang mengambil masa selama 5 tahun ini, mempertaruhkan 9 track lagu yang terdiri dari 7 lagu utama, 1 lagu versi akustik dan 1 minus one. Harapan Devotees untuk membawa kelainan di dalam album ini nyata berhasil apabila mereka mendapat sentuhan emas daripada insan-insan terkenal seperti Yasin Sulaiman, Dak Mie, Hafiz Hamidun, Ito Lara, Frizdan, Along Exist, Salleh Brotherz, Greg Syafiq Henderso, Nafi Spider, Taufiq Nordin dan ramai lagi. Turut dimuatkan dalam album ini adalah nukilan hati keempat-empat ahli Devotees  yang nyata terserlah bakatnya dalam bidang komposisi lagu mahupun penulisan lirik.

Selesa tanpa aturan orang lain, Devotees memilih untuk menerbitkan album mereka sendiri dibawah syarikat milik mereka, Devotees Music Works dengan kerjasama EZ Qurban.

Di Majlis Pelancaran Album Berjalan Tanpa Henti yang diadakan di Restoran Puteri baru-baru ini, Devotees yang mengenakan kemeja ungu dan sut berwarna putih ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan tanpa berbelah bagi kepada mereka.

Di majlis yang sama, Devotees turut meraikan sekumpulan peminat yang telah berjaya dalam peraduan yang mereka anjurkan baru-baru ini. Pihak Munsyeed.com mendoakan semoga Devotees akan terus melakar kejayaan dalam karier mereka sebagai artis nasyid, istiqamah dan terus Berjalan Tanpa Henti! -MUNSYEED.COM

p/s: Nantikan Review Album Berjalan Tanpa Henti oleh Aizat Ikhwan. =)

 

 

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 
  • June 14, 2011 at 10:44 am

    SUBHANALLAH,tiada apa yang dapat nisa katakan disini,tapi ingin mengucapkan tahniah buat devotees yang tabah dalam mengharungi pelbagai cabaran ,ujian dari ALLAH, mudahan sebarlah segala dakwah ..teruskan perjuangan ini dan Allah sntiasa brsama kalian..fi mardhatillah

    Reply

Leave a Response