0 comments

Castury Beramal Melalui Majlis Berbuka Puasa

by on August 24, 2011
 

Kumpulan nasyid yang semakin meningkat naik, Castury telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Castury pada 19 Ogos 2011. Majlis yang dianjurkan dengan konsep muhibbah kejiranan ini turut mengundang rakan artis, media dan para peminat untuk berbuka puasa bersama Castury.

Pada majlis ini, Castury telah bekerjasama dengan Kelab Kilat TNB untuk meraikan anak yatim, OKU dan warga emas. Castury dilihat begitu mesra melayani para hadirin yang hadir terutama warga emas.

Menurut En Mohd Noor Salleh yang merupakan Yang Di-Pertua kelab Kilat TNB, majlis berbuka puasa ini diadakan dengan penuh suasana muhibbah disamping kita raikan mereka-mereka yang memerlukan. setiap apa yang kita miliki, ia adalah sesuatu yang perlu kita kongsikan dengan orang lain.

Pada majlis yang cukup harmoni itu, Castury dengan kerjasama Kelab Kilat TNB turut menyampaikan sumbangan hamper raya kepada golongan yang memerlukan. Anak-anak yatim yang didatangkan khas dari Rumah Anak Yatim Rahoma, Taman Melawati kelihatan begitu gembira apabila mendapat duit raya daripada kumpulan Castury.

Kumpulan nasyid Nur One turut hadir memeriahkan majlis berbuka puasa yang diadakan di Bangsar itu. Jom layan gambar-gambar sekitar majlis berbuka puasa Castury.

En Mohd Noor menyampaikan Hamper Raya kepada salah seorang ibu tunggal TNB

.

Penyampaian Hamper Raya kepada warga emas

.

Penyampaian Hamper Raya kepada wakil OKU

.

Penyampaian duit raya kepada Anak-Anak Yatim Rahoma dari Taman Melawati

.

Kumpulan Nur One turut memeriahkan Majlis Berbuka Puasa Castury

.

Persembahan menarik daripada Castury

 

-Munsyeed{Dot}Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response