0 comments

Al-FarabiBand Umum Roll Unicorn Sebagai Ahli Rasmi

by on October 25, 2011
 

Kumpulan Islamik Progressif Rock, Al-FarabiBand hari ini secara rasminya mengumumkan kemasukkan gitaris band heavy metal terkenal Unicorn, Kamarul Ariffin bin Borhan Nordin sebagai ahli rasmi.

Menurut satu kenyataan rasmi yang dibuat didalam laman Facebook band tersebut, mereka mengumumkan gitaris berusia 29 tahun yang juga dikenali dengan nama Roll Unicorn itu akan berada di posisi Gitar dan Vokal.

Menyorot profil beliau, Kamarul juga seorang gitaris dan vocal kumpulan Unicorn yang dahulunya dikenali sebagai Nrocinu. Digelar dengan ‘Pendekar Tangan Berapi’ oleh rakan-rakannya, malah pernah memenangi tempat pertama rancangan Rockunite anjuran NTV7 pada 2006.

Kerjasama mereka bermula apabila Kamarul dilihat beraksi sepentas bersama AFB dalam Konsert Monster Of Metal dan di Karnival Anak Muda, Shah Alam

Difahamkan, Al-FarabiBand akan mengeluarkan album terbaru mereka, Radiasi 1400 sekitar November ini. – Munsyeed{DOT}Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response