0 comments

Kategori Penyanyi Nasyid Popular ABPBH Dimansuhkan

by on November 23, 2011
 

Anugerah Bintang Popular Berita Harian

 

Kategori Penyanyi Nasyid Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian telah dimansuhkan oleh pihak sekretariat Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)  untuk tahun 2011. Berdasarkan senarai terbaru kategori-kategori yang dipertandingkan dalam ABPBH 2011, didapati tidak ada kategori Penyanyi Nasyid Popular yang lazimnya dipertandingkan di majlis anugerah tahunan ini.

Walaupun kategori tersebut dimansuhkan, ia tidak sekali-kali menutup jalan buat artis nasyid didalam majlis anugerah ini apabila pihak ABPBH turut menyenaraikan artis nasyid dalam kategori lain seperti kategori Artis Duo/Berkumpulan Popular.

Untuk rekod, pada tahun lepas, kumpulan Rabbani telah memenangi kategori Penyanyi Nasyid Popular ABPBH 2010 yang telah diadakan di Arena World of Stars, Genting Highlands.  InshaALLAH, pihak kami akan keluarkan senarai artis yang pernah memenangi anugerah kategori Penyanyi Nasyid Popular Anugerah Bintang Popular sejak ia mula dipertandingkan hinggalah pada tahun 2010.  -Munsyeed{Dot}Com.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response