0 comments

Kolum Terbaru – Nasyid @ School, Nasyid Di IPT dan Nasyid Indie

by on November 8, 2011
 

kumpulan nasyid sekolah (Gambar sekadar hiasan)

Assalamualaikum wbt.

Kami ada pengumuman penting!
InshaALLAH, bermula November 2011, Munsyeed{Dot}Com akan perkenalkan 3 kolum terbaru iaitu Nasyid @ School, Nasyid Di IPT dan Nasyid Indie. 3 kolum terbaru ini akan memuatkan cerita dan berita tersendiri mengikut kategori masing-masing.

Nasyid @ School
Kami membuka ruang ini khas untuk mana-mana kelab nasyid mahupun kumpulan nasyid sekolah seluruh Malaysia untuk mempromosi kelab/kumpulan masing-masing, aktiviti atau konsert yang dianjurkan dan apa jua perkara yang meliputi penglibatan nasyid dan sekolah. Kami melihat potensi yang bergemerlapan di sekolah-sekolah melalui pertandingan nasyid, video di Youtube yang sangat mengujakan. Justeru, inilah peluang keemasan untuk kelab dan kumpulan nasyid di sekolah-sekolah Malaysia mendapat perhatian umum melalui media kami; Munsyeed{Dot}Com.

 

Kumpulan Irfan dari USM. (Gambar sekadar hiasan)

 

Nasyid Di IPT
Umum mengetahui penangan nasyid di IPT (Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta) yang tidak pernah malap ditelan masa. Kelab-kelab nasyid di IPT dilihat begitu aktif menganjurkan konsert-konsert nasyid dengan cemerlang sekali. Melihatkan fenomena positif ini, Munsyeed{Dot}Com ingin mempelawa mana-mana kumpulan nasyid IPT dan kelab nasyid IPT untuk mempromosikan aktiviti, konsert, pengenalan mengenai kumpulan nasyid di IPT dan sebagainya yang melibatkan nasyid dan IPT. Ia sebagai satu usaha kami menyokong dan menghargai kewujudan kumpulan nasyid di IPT dan kelab-kelab nasyid yang tidak pernah henti menyokong hiburan Islam ini.

 

Kumpulan Feelhoney. (Gambar sekadar hiasan)

 

Nasyid Indie
Satu lagi kategori yang cukup menyerlah masa kini ialah Nasyid Indie. Sejak kemunculan album Nasyid Indie Vol 1 oleh Nerotic Studio milik Halim Devotees, ia seakan memberi suntikan kepada momentum yang cukup besar kepada nasyid indie. Kami di Munsyeed{Dot}Com melihat sendiri perkembangan nasyid indie (atau dikenali juga Nasyid Underground) yang makin hari hari tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Oleh yang demikian, sebagai meraikan dan menggalakkan nasyid indie ini untuk terus berkarya, kami menyediakan medium khas untuk kumpulan nasyid indie mahupun penasyid solo nasyid indie untuk mempromosi dan menghebahkan berita terkini perjalanan seni mereka di Munsyeed{Dot}Com. Kami buka peluang ini untuk semua penasyid solo nasyid indie dan kumpulan nasyid indie di Malaysia mahupun di Nusantara ini (Brunei, Thailand, Singapura dan Indonesia).

Apa yang perlu anda lakukan?
Sebagai permulaan, hantarkan info pengenalan mengenai kumpulan nasyid, kelab nasyid peringkat sekolah dan IPT dan juga nasyid indie anda kepada kami melalui email: [email protected] InshaALLAH, kami akan memberi respon secepat yang mungkin. Kami menantikan email anda! -Munsyeed{Dot}Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response