0 comments

Review Album: Sentuhan Qalbu Al-Quran

by on November 1, 2011
 

 

Bukanlah menjadi satu kebiasaan buat Rabbani Production untuk mengeluarkan album bacaan ayat Al-Quran serta zikir. Namun, menyedari pasaran album sebegini mempunyai targetnya tersendiri, maka tiada sapa mahu ketinggalan menerbitkannya dengan cara masing-masing.

Terbaru, Rabbani menerbitkan sebuah album bertajuk Sentuhan Qalbu Al-Quran –Bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa. Album tersebut adalah bacaan daripada Ustaz Surur Shihabuddin An-Nadwi. Beliau merupakan pensyarah Tilawah Al-Quran di Universiti Islam Antarabangsa.

Istimewanya album ini, Ustaz Surur membuat kelainan dengan membaca bacaan secara Murratal menggunakan qiraat riwayat Hafs’an Asim melalui Tariq Asy-Syatibiyah. Secara tidak langsung, pendengar juga boleh mendengar dan membelajari bacaan berqiraat.

Selain surah Yasin, terselit juga surah-surah lazim, bacaan tahlil dan doa. Bacaan merdu guru Al-Quran ini menambah tarikan album ini.

Album berharga RM 19.90 ini adalah terbitan Rabbani Production dan edaran Warner Music. -Munsyeed{Dot}Com

 

*Hantarkan album anda untuk dimuatkan dalam Segmen Ulasan Album. Hubungi kami melalui email- [email protected]

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response