Categories: Ketua PengarangKolum

2012: Kembalinya Kegemilangan Nasyid?

Membuka lembaran baru tahun 2012, pasti banyak yang telah direncanakan oleh semua pihak. Baik para penasyid, syarikat rakaman, kelab peminat dan lain-lain,  tentu sudah mempunyai visi dan misi tersendiri.

Secara peribadinya, saya melihat industri nasyid seakan mahu mula mengulangi kemeriahan yang dipelopori zaman awal era nasyid kotemporari era 1996/1997 dahulu. Masing-masing sudah mula merasakan bahawa tahun ini, ada tanggungjawab besar untuk menaikan semula imej nasyid.

Artis nasyid yang sedia ada kini bertungkus lumus mencipta formula terbaik dalam karya mereka manakala yang baru naik pula sangat gigih mencuri hati peminat nasyid. Malah jika diselongkar Youtube, sudah muncul berpuluh bakat baru yang menanti untuk dicungkil keluar.

Saya melihat ini adalah satu perkembangan yang sangat sihat. Keadaan ini bukan sahaja dapat memeriahkan industri nasyid  tanah air, tetapi juga dapat membantu usaha dakwah dan menyebarkan dakwah melalui seni hiburan Islam sesuai dengan konsep agama yang syumul.

Namun sering kali saya ditanya oleh beberapa penggiat nasyid tempatan, bagaimana nak cari makan tatkala industri kini kian tenat? Sukar untuk saya beri jawapannya.

Ya, memang masalah itu saya akui bukan sahaja industri mainstream sahaja yang kena, tapi turut dirasai industri nasyid. Paling kritikal, cetak rompak dan download di internet. Penat, letih memikirkannya.

Tapi rasanya, permasalahan sebegitu boleh diselesaikan dengan mudah. Bagi saya, untuk menjayakan tahun 2012 dengan mengembalikan kegemilangan nasyid, semua pihak perlu terlibat. Bukan soal artis dan syarikat rakaman sahaja. Itu kerja semua orang.

Cuma yang diharap, jika ada yang tidak selesa, maka ditahun baru ini berlapanglah dada. Tanamkan sikap bahawa perjuangan ini semua adalah kerana Allah.

Buat  yang lain, besar juga harapan kami di Munsyeed{Dot}Com untuk melihat 2012 ini kebangkitan semula nasyid sebagai satu wadah perjuangan Islam. Ayuh kita jayakan! ALLAHU AKBAR!

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

4 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

4 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

4 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

4 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

4 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

4 months ago