0 comments

Artis Nasyid dan Gambar Komersil

by on March 28, 2012
 

Gambar Komersil Saujana

Gambar komersil memainkan peranan penting dalam pembentukan imej dan ‘branding’ sesuatu produk. Kadang-kadang, ia kelihatan remeh tetapi mampu memberikan impak yang besar terhadap publisiti dan ‘marketing’ produk tersebut. Begitulah juga artis!

Gambar komersil artis sebenarnya memainkan peranan yang besar dalam proses pembentukan imej dan ‘branding’ artis tersebut. Lihat sahaja beberapa kumpulan besar seperti Raihan, Hijjaz dan Rabbani. Selain kekuatan vokal yang cukup dikagumi, mereka dilihat berjaya mem’patern’kan imej mereka di kalangan para peminat. Gambar komersil mereka menjadi rujukan ramai pihak. Baju, kopiah serta gaya mereka turut ditiru segelintir peminat dan tidak kurang juga ada artis yang turut mencontohinya.

Ada segelintir artis yang hanya mempunyai 1 sahaja gambar komersil dari awal pembabitannya dalam industri hinggalah sekarang! Ada juga segelintir yang langsung tidak mempunyai gambar komersil. Hanya bergantung pada gambar di album mereka atau gambar yang ditangkap peminat. Kadang-kadang, pihak penganjur mengalami kesulitan untuk mengambil gambar yang sesuai di Facebook artis untuk diletakkan di poster sesebuah konsert!

Berikut disenaraikan kelebihan memiliki gambar komersil :

Gambar komersil menentukan ‘nilai’ seseorang artis.
Segelintir penganjur konsert cenderung untuk memberi bayaran yang rendah kepada artis nasyid yang tidak memiliki gambar komersil yang menarik. Gambar yang suram hanya memberi ‘bad impression’ kepada pihak penganjur untuk memberi bayaran yang tinggi.

Gambar komersil membantu promosi konsert.
Gambar komersil yang baik mampu membantu promosi sesebuah konsert. Tidak dinafikan, selain nama yang besar, gambar yang tertera di poster, bunting dan banner konsert mampu menarik minat orang ramai untuk membeli tiket konsert tersebut.

Gambar komersil menentukan standard artis.
Ramai penganjur majlis atau acara berprofil tinggi cenderung untuk mengundang artis yang mempunyai nilai komersil yang tinggi. Dari mana datangnya penanda aras untuk mengukur tahap komersial seseroang artis? Dari kekuatan vokalnya, pakaian, imej peribadi dan tidak dilupakan gambar komersilnya!

Gambar komersil menonjolkan muzik artis.
Kita tidak perlu berpenat lelah untuk menghebahkan genre muzik kita. Bagi mereka yang gemar menyanyikan lagu nasyid secara akustik, kenakan pakaian yang sopan dan kemas (dan stylo!), kemudian capai gitar dan bergambarlah!

Gambar komersil sebagai bahan promosi terbaik!
Sudah menjadi fitrah semulajadi kepada setiap manusia untuk suka melihat benda-benda yang cantik, indah dan menarik. Gambar komersil yang cantik dan menarik dilihat mampu menjadi bahan promosi kepada seseorang artis.

Hakikatnya, banyak lagi kelebihan-kelebihan memiliki gambar komersil bagi seseorang artis. Semakin popular artis tersebut, semakin banyaklah gambar komersilnya! Artis popular cenderung untuk menghasilkan gambar komersil yang berbeza gaya, fesyen dan penampilan semata-mata untuk memberi imej yang segar kepada peminat! (Rujuk Maher Zain)

Disini, saya kongsikan beberapa tips untuk bergambar bagi tujuan gambar komersil.

  • Pakai pakaian yang berwarna cerah dan menarik bersesuaian dengan warna kulit.
  • Pastikan pakaian dan kasut anda bersih dan terhindar dari sebarang kotoran. (Malu kalau baju dan seluar lawa tetapi kasut kotor. huhu)
  • Senyum.. Senyum memberikan aura positif kepada mereka yang bakal melihat gambar itu nanti.
  • Jangan statik dan kaku. Berikan posing terbaik anda. Kalau kurang mahir, dapatkan khidmat rakan-rakan atau tanya kepada jurufoto yang mengambil gambar anda. Jurufoto yang professional tahu posing terbaik untuk anda.
  • Bawa objek-objek yang boleh dijadikan props untuk gambar komersial anda seperti alat muzik, mikrofon antik dan apa-apa objek yang relevan. (Hafiz Hamidun pernah bergambar dengan mikrofon yang style untuk album Syukran. Lawa kan?)
  • Minta jurufoto mengambil beberapa gambar dengan pose berbeza, style berbeza dan props berbeza. Kalau boleh, dengan beberapa baju yang berbeza!
  • Kadang-kadang, gambar kandid juga lawa untuk gambar komersil kumpulan. (Saya suka gambar kandid Inteam yang kelihatan seperti sedang bergurau. Ia menjadikan gambar komersial mereka tidak terlalu formal dan lebih santai)

Yang penting, peruntukkan sedikit duit untuk mendapatkan khidmat jurufoto professional. Ambillah beberapa gambar di studio dan mungkin juga boleh ambil gambar outdoor mengikut kesesuaian.

Artikel ini ditulis bukan untuk mengajar mana-mana artis sebaliknya ia merupakan sedikit perkongsian maklumat untuk kebaikan artis dan industri keseluruhannya. Ia juga bagi memartabatkan industri nasyid ke tahap yang lebih membanggakan, inshaALLAH. -Munsyeed{Dot}Com

p/s: Saya suka gambar komersial Saujana yang baru. =D

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response