0 comments

Bintang Nasyid Mu’min Musim ke 5

by on March 30, 2012
 

Esok, 31 Mac 2012 bertempat di SACC Mall, Shah Alam pada jam 9.00 pagi akan diadakan Pertandingan Bintang Nasyid Mu’min (BNM) Musim ke 5. Untuk pengetahuan semua, BNM kali ini telah menjelajah dari negeri ke negeri bermula di Kompleks MAIM, Melaka pada 5 Feb 2012. Pertandingan yang dianjurkan oleh Ubat Gigi Mu’min dan mendapat kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sebanyak 10 sekolah menengah di sekitar Negeri Selangor telah dipilih oleh pihak Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor untuk memasuki pertandingan tersebut. Pemenang di setiap negeri akan mewakili negeri masing-masing ke peringkat kebangsaan. Berikut adalah nama-nama sekolah yang layak bertanding di peringkat negeri Selangor ini:

  • SAM Tengku Ampuan Jemaah (Kump. Ijtihad)
  • SBPI Sabak Bernam (kump. Al-Irsyad)
  • SAMT Hishamuddin (kump. Sautul Mujahidin)
  • SMAP Kajang (kump. All For Ummah)
  • SAM Kuala Kubu Bharu (kump. An-Nahwan)
  • SAM TAR Banting (kump. Khalifah)
  • SMK Seksyen 18
  • SM Teknik Sepang (kump. Sautul Muhandisin)
  • SMKA Kuala Selangor
  • SMK Seksyen 10, Kota Damansara (kump. Harmonis)

Anda semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Jom!

 

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response