1 comment

Izzat Mahadi (Ex-Mirwana) Bakal Tampil Album Solo

by on March 19, 2012
 

Izzat Mahadi

Kalau disebut Izzat Mahadi, pasti ramai yang tertanya-tanya, siapakah pemilik nama indah ini. Walaupun kerap kali dilihat dalam beberapa kompilasi klip video seperti MTV Himpun, MTV Balada Selawat 1433H, namun masih ramai yang berteka-teki akan kelibat penyanyi yang memiliki vokal luarbiasa ini.

Bekas Ahli Kumpulan Mirwana
Izzat Mahadi merupakan bekas ahli kumpulan Mirwana yang kini bergerak secara solo setelah adik beliau (Ikram) menggantikan tempat beliau bermula tahun 2006. Setelah lama meninggalkan dunia seni kerana merantau ke negara orang, beliau pulang dengan buah tangan terbaru kepada peminat yang bakal terbit tidak lama lagi di bawah label Arteffects International, bersama penerbitnya Hafiz Hamidun.

Antara komposer di dalam album tersebut ialah Izzat Mahadi sendiri, Hafiz Hamidun, Yasin Sulaiman dan Mujahid Abdul Wahab. Single pertama yang dipertaruhkan merupakan karya sepenuhnya oleh Hafiz Hamidun berjudul GarisanMu. Menurut Izzat, lirik lagu ini cukup dekat dengan beliau memandangkan ia turut menyentuh perjalanan seni beliau selama ini.

Almarhum Ustaz Asri Sumber Inspirasi
Izzat pernah bertekad untuk berhenti dalam industi seni suara satu ketika dahulu dan memberi fokus kepada bisnes yang dijalankan beliau. Namun setelah mendengar berita pemergian mentor yang disayangi, Almarhum Ust Asri Rabbani, beliau yang pada ketika itu di United Kingdom memasang tekad untuk pulang dan terus berjuang kerana tegas beliau suara ini hanyalah pinjaman dari Allah yang akan ditanya apakah yang telah dilakukan dengannya semasa hidup di dunia.

“Pada mulanya, saya berhasrat untuk menampilkan sebuah album yang mengumpulkan kesemua barisan komposer yang pernah menjayakan album Mirwana dahulu termasuk Syah Rizal Mohamed, Akmal, Faizal Tahir dan Firdaus Mahmud namun tidak kesampaian kerana kekangan masa. InshaAllah, jika diizinkan, saya akan cuba penuhi impian saya ini untuk album kedua.” jelas Izzat Mahadi.

Beliau juga berharap agar album yang bakal diterbitkan ini dapat diterima peminat lama dan baru kerana ianya sangat berbeza sepertimana penampilannya dalam album yang sebelum ini. Untuk mendapatkan jawapan kepada konsep baru ini, mari kita sama-sama tunggu kemunculan album Izzat Mahadi tidak lama lagi.

Menjawab tentang bagaimana cara untuk membeli album beliau, Izzat Mahadi berkata ia boleh didapati di kedai-kedai buku agama seluruh Malaysia dan secara online di www.stormreaders.com

Penyampai Anugerah di Anugerah Nasyeed.Com
Dalam perkembangan lain, Izzat Mahadi turut melahirkan rasa syukur kerana terpilih untuk menjadi penyampai anugerah untuk Anugerah Nasyeed.Com yang akan diadakan di Pusat Islam pada 13 April 2012.

Beliau juga boleh dihubungi melalui www.fb.com/izzatmahadi untuk persembahan pentas di dalam atau di luar negara.

Sebagai bonus, berikut merupakan lirik lagu GarisanMu:

GarisanMu

Berkali-kali
Cuba ku hampiri
Garisan penamat usaha
Merentang di depan mata

Bertali arus
Langkahku tak terus
Garisanku rasakan halus
Tak bisaku tembus

Pemisahnya cuma aku dan doa pada diriMu
Antara putus asa sia-sia atau terus mara membara

Ya Rabbi ya
Bantulah hambaMu
Ya Rabbi ya
Luruskan hatiku
Ya Rabbi ya
Ku pinta hidayahMu
Meneruskan sisa usiaku

Ya Rabbi ya
Hanya kepadaMu
Ya Rabbi ya
Tempatku mengadu
Ya Rabbi ya
Ku pinta rahmatMu
Melimpahi kehidupanku

Hidup dan matiku
Semua hanyalah untukMu
Allah tuhanku yang satu

-Munsyeed{Dot}Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response