0 comments

Rabbani Tercalon Dalam 7 Kategori Anugerah NC

by on March 18, 2012
 

Rabbani

Kumpulan nasyid paling popular; Rabbani, terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri muzik apabila mengungguli pencalonan dalam 7 kategori, Anugerah Nasyeed.Com baru-baru ini. Sewaktu sidang media anugerah Nasyeed.Com yang berlangsung di Hotel Singgahsana baru-baru ini, Ustaz Asri Ubai Rabbani ternyata terkejut apabila diberitahu Rabbani tercalon dalam 7 kategori untuk Anugerah Nasyeed.Com.

Menurut beliau, pencalonan Rabbani dalam 7 kategori Anugerah Nasyeed.Com ini merupakan hadiah istimewa buat para peminat yang tidak henti-henti menyokong dan mengundi Rabbani dalam Carta Nasyeed.Com sejak ia diperkenalkan.

“Saya memanjatkan kesyukuran terhadap ALLAH SWT di atas nikmat dan peluang yang diberikan kepada Rabbani untuk terus berdakwah. Pencalonan kami dalam Anugerah Nasyeed.Com merupakan hadiah istimewa buat peminat-peminat yang telah berusaha keras mengundi Rabbani di Carta Nasyeed.Com. Ia juga satu penghargaan dari pihak juri Nasyeed.Com terhadap hasil karya Rabbani.” jelas Ustaz Asri Ubaidillah.

Tambah beliau, “Tercalon dalam Top 5 Anugerah Nasyeed.Com sahaja sudah cukup mengembirakan buat kami. Jika menang, ia rezeki yang ALLAH SWT berikan kepada kami dan para peminat Rabbani kerana dalam setiap kategori ramai calon-calon yang lebih layak.”

Disamping tercalon dalam 7 kategori, istimewanya, Rabbani turut mendapat 2 pencalonan dalam 2 kategori berikut:

Kategori Nasyeed Perjuangan

  • Inikah Petanda – Rabbani
  • Bebas Palestin – Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart.

Kategori Vokal Terbaik

  • Inikah Petanda – Almarhum Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani) & Mawi
  • Mahabbah – Rabbani
  • Nurul Iman – Rabbani

Berikut adalah senarai kategori Anugerah Nasyeed.Com yang telah mencalonkan Rabbani sebagai calon Top 5:

Kategori: Nasyeed Amar

  1. Berjalan Tanpa Henti – Devotees
  2. HambaMu – Akhil Hayy & Mawi
  3. Menuju Wawasan – UNIC
  4. Patah Hati – Saujana
  5. Syahadah – Rabbani

Kategori: Nasyeed Munajat

  1. Layar Keinsafan – Mestica
  2. Mahabbah – Rabbani
  3. Menanti Di Barzakh – Far East
  4. Pergilah Dunia – Varianz
  5. Sahaja Aku MencintaiMu – Du’a feat Ustaz Amal

Kategori: Nasyeed Perjuangan

  1. Kembali Gemilang – Mestica
  2. Yang Benar Tetap Benar – AlGebra
  3. Inikah Petanda – Rabbani
  4. Bebas Palestin – Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart
  5. Mungkinkah – Asyraf

Kategori: Lagu Terbaik

  1. Saat Lafaz Sakinah – Far East (Komposer: Hafiz Hamidun. Lirik: Fadzli Far East)
  2. Dia Muhammad – Inteam (Komposer & Lirik: Frizdan)
  3. Pedoman – Nora feat Voice Of Ummi (Komposer: Johan Nawawi. Lirik: Johan Nawawi, Shah Mohamed& Hafiz Tarmizi)
  4. HambaMu – Akhil Hayy & Mawi (Komposer & Lirik: Edry Abdul Halim KRU)
  5. Bicara Hijrah – Rabbani (Komposer: Dakmie. Lirik: B.Nury)
  6. Pejuang Agama – Imam Muda 2 (Komposer & Lirik: Edry Abdul Halim KRU)

Kategori: Susunan Muzik Terbaik

  1. Pedoman – Nora feat Voice Of Ummi
  2. Mahabbah – Rabbani
  3. Dia Muhammad – Inteam
  4. Jauh – Mirwana
  5. Salamun Salam – Nazrey Johani, Inteam, Far East & Akhil Hayy

Kategori: Vokal Terbaik

  1. Mahabbah – Rabbani
  2. Inikah Petanda – Almarhum Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani) & Mawi
  3. Pedoman – Nora feat Voice Of Ummi
  4. Derita Hati Seorang Bonda – Aishah
  5. Nurul Iman – Rabbani

Kategori: Lirik Terbaik

  1. Menanti Di Barzakh – Far East (Ito Lara)
  2. Saat Lafaz Sakinah – Far East (Fadzli Far East)
  3. Mahabbah – Rabbani (B.Nury)
  4. Cuba – Aidil (Hafiz Hamidun)
  5. Patah Hati – Saujana (Fedtri Yahya)

Pihak Munsyeed{Dot}Com mengucapkan tahniah kepada Rabbani dan semoga berjaya dalam Anugerah Nasyeed.Com yang bakal diadakan secara gilang gemilang pada 13 April 2012 nanti. -Munsyeed{Dot}Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response