0 comments

Single Terbaru Paradise – Cahaya.

by on March 29, 2012
 

Paradise

Kumpulan Paradise tampil dengan single terbaru mereka berjudul Cahaya. Kumpulan yang dianggotai oleh 3 orang adik beradik ini mengetengahkan lagu nasyid berkonsepkan balada di bawah label produksi mereka sendiri, Paradise Production.

Sebelum ini, Paradise pernah muncul dengan single pertama berjudul Realiti melalui album Koleksi Nasyid Underground Vol 1 terbitan Neurotic Studio. Menariknya, kumpulan yang mendapat bimbingan Halim Devotees ini dilihat lebih selesa menampilkan lagu ciptaan mereka sendiri berbanding menggunakan khidmat komposer luar.

Menurut Paradise, mengetengahkan hasil karya sendiri merupakan salah satu cara mereka untuk bereksperimen dengan muzik. Melalui cara ini,  mereka boleh lihat respon para pendengar terhadap hasil karya mereka dan ia dijadikan penanda aras untuk penghasilan karya yang seterusnya.

“Disamping menyanyi, kami juga aktif menghasilkan lagu-lagu untuk beberapa kumpulan nasyid yang lain. Alhamdulillah, kami berusaha yang terbaik untuk menyumbang kearah pemantapan industri nasyid tanahair. Setiap generasi nasyid akan cuba mewarnai industri nasyid dengan warna mereka sendiri dan kami juga ingin menjadi sebahagian daripada mereka.” jelas Shafuan Zawawi, ketua kumpulan Paradise.

“Lagu Cahaya merupakan single kedua kami selepas Realiti. Untuk lagu ini, kami membenarkan para peminat untuk memuat turun lagu ini secara percuma melalui laman SoundCloud. Kami berharap, para pendengar dapat memberikan respon mereka terhadap lagu kedua kami di Facebook rasmi Paradise. Setiap kritik saran yang membina akan membantu kami untuk memperbaiki hasil kerja kami di masa mendatang.” tambah Shafuan.

Untuk mereka yang ingin memuat turun lagu Cahaya secara percuma, sila klik disini: Cahaya – Paradise.  -Munsyeed{Dot}Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response