0 comments

Corat-Coret Anugerah Nasyeed.Com

by on April 14, 2012
 

Semua artis bergambar selepas selesai Anugerah Nasyeed.Com. Gambar ihsan: TV AlHijrah.

Corat-Coret Sepanjang Anugerah Nasyeed.Com

  • Artis religi Indonesia, Dodi Hidayatullah sanggup datang ke Malaysia semata-mata untuk memenuhi jemputan undangan Anugerah Nasyeed.Com. Beliau tiba di Malaysia pada Khamis malam dan pulang selepas Anugerah Nasyeed.Com tamat. Semangat Dodi begitu luarbiasa! (Kagum dengan Dodi!)
  • Kehadiran penceramah terkenal, Ustaz Don Daniyal sangat menarik perhatian para hadirin. Lensa kamera juga tidak putus-putus menghujani selebriti agama di TV Alhijrah ini.
  • Ramai artis dan penggiat nasyid menjadikan Anugerah Nasyeed.Com semalam sebagai medium terbaik mereka bertemu antara satu sama lain. Maklumlah, masing-masing sibuk dan ada yang tinggal jauh di luar Kuala Lumpur. Maka, majlis anugerah ini sedikit sebanyak menjadi medan pertemuan bagi melepas rindu berjumpa sahabat-sahabat lama.
  • Ramai yang menyuarakan rasa sedih mereka kerana tidak berpeluang menghadiri Anugerah Nasyeed.Com pada kali ini. Namun, pihak Nasyeed.Com sudah sedaya upaya memberi peluang kepada para peminat untuk hadir cuma atas faktor tempat yang terhad, maka pihak Nasyeed.Com sediakan layar besar dan speaker untuk peminat yang tidak berpeluang masuk ke Dewan Muktamar semalam.
  • Ramai juga artis yang membawa isteri mereka ke Anugerah Nasyeed.Com antaranya Munif Hijjaz, Razin Mestica, Isman Hijjaz, Fadzli UNIC, Ito Lara dan ramai lagi. Isteri mereka juga pandai bergaya dengan busana Muslimah yang cukup anggun! :D
  • Ustaz Akhil Hayy dan isteri, Waheeda antara yang menarik perhatian ramai pihak terutama media.
  • Gabungan antara Al Farabi Band dan Al Gebra semalam adalah paduan suara pertama mereka dalam persembahan pentas.
  • Adi Akmal Devotees tampil dengan imej rambut korea beliau di Anugerah Nasyeed.Com kali ini. Beliau tampil dengan gaya rambut berbeza dari sebelum ini. Halim Devotees dan Muhammad Devotees tidak mahu cuba ke?
  • Pakaian Devotees agak tidak seragam apabila setiap dari mereka mengenakan pakaian yang tidak sekata. (Tak bincang dulu ke bro? urm…)
  • (Dipadam atas kesilapan fakta. Pihak Munsyeed{Dot}Com memohon maaf kepada pihak Nasyeed.Com Edutainment Sdn Bhd atas kesilapan yang tidak disengajakan ini.)
  • Selain artis nasyid, ramai juga artis lain yang turut hadir seperti Iwan Syahman (Iwan Dangdut), Aishah yang turut menyampaikan anugerah semalam, Irma dan ramai lagi.
  • Sewaktu tayangan video Pahlawan Nasyeed yang sudah kembali ke rahmatullah, masih ada beberapa individu yang tidak tahu berita pemergian Adik Hazmirul Amirul dari kumpulan Aeman. Allahyarham meninggal dunia pada 23 Disember 2009 kerana sesak nafas.
  • Sedikit janggal apabila seusai menyiarkan video Pahlawan Nasyeed yang sudah kembali ke rahmatullah, kumpulan Rabbani diminta menyampaikan lagu-lagu yang berirama rancak. Kalaulah selepas tayangan video itu, Rabbani menyampaikan lagu Kejora Sinar Zaman atau Kau Sahabat Kau Teman (nyanyian Hijjaz), pasti mood sedih itu hidup. Ya! Dikala kita bergembira, mengingati rakan-rakan seperjuangan yang telah tiada juga antara usaha terbaik yang boleh dilakukan pihak penganjur. (Sayu bila melihat wajah Almarhum Ustaz Asri tetapi tiba-tiba terkejut dengar lagu Muhammad Al-Ameen…huhu)
  • Ada segelintir hadirin memberitahu kami, mereka kurang senang dengan perempuan yang membawa hadiah-hadiah untuk para pemenang. Kata mereka, walaupun menutup aurat, tetapi mereka kelihatan sedikit seksi terutama yang memakai kasut tinggi. (Urm… no comment.)
  • Hafiz Hamidun yang berada di India turut mengikuti perjalanan Anugerah Nasyeed.Com. Beliau juga turut memberi respon terhadap Anugerah Nasyeed.Com di laman Twitternya.
  • Sewaktu Ustaz Sohibul Sabikin menerima Anugerah Khalifah Nasyeed dari Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, ramai artis nasyid dan hadirin yang berdiri sebagai tanda hormat kepada Ustaz Sohibul Sabikin. Ternyata, beliau cukup dihormati dan disayangi oleh semua penggiat industri muzik nasyid.
  • Persembahan penutup semalam daripada Raihan antara persembahan terbaik bagi keseluruhan acara. Raihan membawa para hadirin mengembara bersama mereka melalui lagu-lagu antarabangsanya seperti Puji-Pujian, Ching Ai, Allahu dan Thank You Allah. Mereka juga turut menyiarkan gambar-gambar mereka sepanjang musafir dakwah mereka ke pelusuk dunia. Tahniah Raihan!

Cukup dahulu corat-coret mengenai Anugerah Nasyeed.Com yang berlangsung semalam. Anugerah Nasyeed.Com yang berlangsung semalam ibarat ‘hari raya’ buat semua penggiat industri nasyid apabila mereka diraikan dalam acara yang penuh gilang gemilang dan cukup berprestij. Tahniah kepada pihak penganjur, Nasyeed.Com Edutainment Sdn Bhd! Kami bangga dengan kalian! :)

Nantikan berita penuh daripada Ketua Editor, Aizat Ikhwan.

-Munsyeed{Dot}Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response