0 comments

Kabur Dengan Definisi Nasyid, Punca Khilaf

by on April 24, 2012
 

Mohammad Razin Che Mud

Mohammad Razin Che Mud atau lebih dikenali dengan nama Razin Mestica menyifatkan kenyataan sesetengah pihak mengenai isu nasyid kebelakangan ini sebagai kurang tepat dan berpunca dari salah faham. Razin yang merupakan Pengarah Eksekutif Nasyeed Edutainment Sdn Bhd berkata, setiap orang perlu mendapatkan pencerahan mengenai makna dan definisi nasyid sebelum bercakap tentang nasyid.

“Kita harus faham definisi nasyid dengan jelas sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai nasyid. Jika kita tidak tahu, diam adalah jalan yang terbaik.” jelas Razin.

Beliau turut menambah, “Nasyid adalah satu seni hiburan Islam berasaskan nyanyian, muzik dan seni persembahan yang mempunyai 3 elemen utama :

  1. Lirik yang disampaikan mestilah mengajak kepada benda yang baik dan menepati syariah
  2. Ia dipersembahkan dalam keadaan atau suasana terkawal serta bebas daripada unsur maksiat
  3. Penyanyi itu sendiri mesti mempunyai keperibadian dan akhlak yang menepati ajaran Islam.

Harus diingat, nasyid bukanlah satu genre muzik.”

Bagi penyanyi solo terkenal Mu’adz Dzulkefly, beliau menganggap salah faham mengenai nasyid berpunca dari perbezaan terminologi mengenai nasyid itu sendiri.

“Soal terminologi kerap membuatkan kita khilaf.” jawab Mu’adz secara ringkas.

-Munsyeed{Dot}Com

 

 

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response