0 comments

Respon Artis Nasyid Mengenai ANC

by on April 16, 2012
 

Rata-rata artis yang ditemubual semasa Sidang Akhbar sebaik berakhirnya Anugerah Nasyeed.Com (ANC) melahirkan rasa gembira diatas penganjuran acara tersebut. ANC yang dianjurkan buat julung kalinya yang diadakan di Dewan Muktamar, Pusat Islam Jumaat lepas ternyata telah dapat merealisasikan impian para penasyid.

Munif Hijjaz

Vokalis utama Hijjaz, Munif Ahmad menyatakan bahawa, mereka berpuas hati terhadap penganjuran acara tersebut.

“Saya melihat komitmen yang diberikan oleh para penasyid dan penggiat nasyid sangat bagus. Masing-masing memberikan komitmen yang luar biasa dalam menjayakan ANC.  Apapun, besar harapan kami untuk melihat supaya penganjuran ANC yang akan datang akan menjadi lebih bagus dan baik.

Anggota Rabbani, Mohd  Asri Ubaidullah turut senada dengannya. Menurut beliau, besar harapan mereka agar acara ini dikekalkan dan berterusan pada masa akan datang.

Menurut beliau lagi, anugerah berprestij ini sewajarnya menjadi acara tahunan bagi menyemarakkan lagi industri nasyid tanah air.

Bagi Muhammad Hazamin Harun dari  kumpulan Inteam, beliau mengharapkan agar ANC pada tahun ini menjadi sesuatu yang menjadi titik tolak kepada  penganjuran yang berskala lebih besar dimasa mendatang.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan kepada pihak media tentang perkembangan Munsyid Malaysia. Menurut beliau, Munsyid Malaysia akhirnya telah selamat ditubuhkan baru-baru ini diperingkat kebangsaan.

Fadzli Far East

Anggota Far  East, Mohd Fadzli Bakar pula berkata, beliau amat mengharapkan program seperti ini dapat lebih mematangkan artis itu sendiri dalam mengharungi onak dalam industri nasyid.

“Dengan penganjuran ANC, kami amat berharap agar ia juga dapat membantu menaikan semangat artis untuk menghasilkan karya yang lebih bermutu.” ujar Fadzli.

“Far East kini dalam proses menyiapkan album. Pada mulanya terasa agak kurang bersemangat untuk meneruskan pembikinan album ini namun anugerah yang diterima pada malam ini seakan memberi suntikan untuk Far East lebih maju kehadapan dan meneruskan pembikinan album yang dijangka bakal menemui para peminat tidak lama lagi.”jelas beliau sambil menutup bicara.

-Munsyeed{Dot}Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response