0 comments

SMAP Kajang Juara Bintang Nasyid Mu’min Selangor

by on April 1, 2012
 

Pose menarik oleh juara Bintang Nasyid Mu'min

Tahniah kepada kumpulan All For Ummah dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAP Kajang) kerana menjuarai pertandingan Bintang Nasyid Mukmin peringkat Negeri Selangor yang berlangsung di SACC Mall, Shah Alam semalam.

All For Ummah yang diketuai oleh adik Mohd Fauzan ini telah mempertaruhkan lagu “Kelahiran Agung” dan kemenangan ini telah melayakkan mereka ke pertandingan peringkat kebangsaan nanti.

Sementara itu, kumpulan Khaleefah dari SAM Tengku Ampuan Rahimah, muncul pemenang kedua manakala kumpulan An-Nahwan dari SAM Kuala Kubu Bharu di tempat ketiga.

Rupa-rupanya, adik-adik yang hebat dan berbakat ini juga telah diberi tunjuk ajar dan dilatih oleh senior mereka yang hebat! Siapa lagi kalau bukan Suffian Amrin (aka Pyan Saujana) yang juga bekas pelajar SMAP Kajang. Memang beruntunglah adik-adik ni sebab ada senior yang hebat dan murah ilmu. =D

Kumpulan All For Ummah bersama 'mentor' mereka dan guru pengiring

Apapun, kami di Munsyed{Dot}Com mengucapkan tahniah kepada kumpulan All For Ummah dan ‘mentor’ nya atas kejayaan kalian. Moga kejayaan ini akan berulang lagi di peringkat kebangsaan nanti dan juga di masa akan datang. All the best! – Munsyeed{Dot}Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response