0 comments

25 Fakta Menarik Mengenai Imam Muda Musim 3

by on May 23, 2012
 

Barisan Imam Muda Musim 3 bersama Mudir dan Mursyid mereka. Foto ihsan: Facebook Imam Muda

1. Kandungan Imam Muda Musim ketiga bertemakan ‘Perhubungan Keluarga’.

2. Seramai 927 peserta menyertai sesi ujibakat Imam Muda Musim 3. Peningkatan 32% daripada Imam Muda Musim 2)

3. Daripada jumlah tersebut, 301 peserta menyertai ujibakat menerusi penyertaan secara online.

4. Seramai 3 peserta online terpilih ke peringkat 10 terakhir. Mereka ialah Imam Muda Omar, Imam Muda Naim dan Imam Muda Arrazi

5. Peserta negara jiran Thailand, Indonesia, Kemboja dan Brunei turut menyertai sesi ujibakat.

6. Penyertaan ujibakat secara online diterima dari pelajar Malaysia di Mesir, Jordan, Indonesia, Arab Saudi dan Brunei Darussalam.

7. Empat peserta antarabangsa disenarai pendek namun hanya seorang berjaya ke peringkat 10 terakhir. (Tahun lalu 2 peserta Singapura dan Brunei)

8. Imam Muda Naufal merupakan mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia. Beliau merupakan peserta paling muda bagi musim ketiga ini.

9. Daripada 10 Imam Muda yang terpilih bagi musim ini, seorang menjawat jawatan Imam sepenuh masa manakala lapan lagi peserta mempunyai pengalaman menjadi imam solat di surau dan masjid.

10. Dua daripada 10 Imam Muda Musim 3 sudahpun mendirikan rumah tangga.

11. Seramai tujuh Imam Muda masih lagi menuntut di universiti.

12. Sewaktu majlis pengumuman 10 peserta Imam Muda Musim 3, Imam Muda Faris telah mencuit hati para hadirin dan media dengan telatah bersahaja beliau. Menurut pihak astro, Imam Muda Faris mempunyai elemen humor yang tinggi yang disampaikan secara spontan dan bersahaja.

13. Vokalis dari kumpulan nasyid popular Devotees, Muhammad Md Tawil telah menyertai ujibakat Imam Muda Musim 3 dan beliau tercalon dalam Top 25. Namun, atas sebab-sebab tertentu, Muhammad Devotees menarik diri dan tempat beliau diganti oleh orang lain.

14. Imam Muda M.Nasir dari Indonesia berjaya menarik perhatian ramai apabila namanya mirip penyanyi dan komposer ternama, M.Nasir. Pengacara majlis sempat berjenaka dengan berkata, “M.Nasir pun sertai Imam Muda!”

15. Juara Imam Muda bakal membawa pulang wang tunai RM 100,000 sebagai hadiah utama.

16. Selain di Astro Oasis, Imam Muda Musim 3 akan turut disiarkan di Saluran 134 Astro Mustika HD.

17. Kapsul Imam Muda bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.50 petang.

18. Medan Imam Muda akan bersiaran setiap Jumaat jam 9.00 malam bermula 1 Jun 2012.

19. Episod Ujian Imam Muda akan bermula pada 28 Mei 2012 hingga 31 Mei 2012 jam 6.30 petang.

20. Hos bagi rancangan Imam Muda Musim 3 ialah Ustaz Akhil Hayy.

21. UNIC telah dilantik menjadi penasihat persembahan bagi Imam Muda Musim 3.

22. Imam Muda Asyraf (Juara Imam Muda Musim 1) dan Imam Muda Hizbur dilantik menjadi Mursyid (Mentor) bagi 10 peserta Imam Muda Musim 3.

23. Setiap Imam Muda Musim 3 bakal dibimbing dengan lebih dekat oleh seorang alumni Imam Muda (Musim 1 dan 2) yang akan bertindak sebagai Naqib (fasilitator) kepada para peserta.

24. Imam Muda Hassan (Juara Imam Muda Musim 2) dilantik menjadi Ketua Naqib bagi Imam Muda Musim 3.

25. Dato Hassan Mahmud Al-Hafiz masih kekal menjadi Mudir (Pengetua) bagi Imam Muda Musim 3 dengan dibantu tenaga pengajar professional seperti YM Tengku Asmadi, Prof Dr Muhaya, Dr Zaharuddin dan ramai lagi.

Jangan lupa untuk menonton rancangan Imam Muda di Astro Oasis Saluran 106 dan di Saluran 134 Mustika HD! Nantikan kelainan yang bakal disuntik oleh pihak pengurusan Imam Muda Musim 3 dan Astro Oasis  dalam Imam Muda Musim 3!

Ia nyata berbeza! Nyata memecah tradisi!

-Munsyeed{Dot}Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response