0 comments

Disebalik Tabir… Iman Aman (Inteam)

by on July 27, 2012
 

 

Dubai dan Abu Dhabi menjadi destinasi buat Inteam  mencipta sejarah tersendiri, apabila buat pertama kali membuat pengambaran di luar negara untuk video klip single terbaru mereka, Iman Aman. Dalam perbualan kami bersama salah seorang anggota kumpulan Inteam, Muhammad Hazamin Harun,  beliau mengatakan ia adalah satu pengalaman yang tak boleh mereka lupakan.

“Bayangkan, lagu tu sendiri pun kami belum hafal pun lagi. Banyak part yang salah dan kami terpaksa buat semula. Kalau tengok video tu pun, banyak jugak adegan kami tersasul”Kata Hazamin secara berseloroh dalam perbualan beliau dengan kami.

Menurutnya lagi, ianya satu pengalaman yang sangat menarik apabila membuat pengambaran dengan peralatan yang minimal tanpa sebarang bantuan lain. PR mereka, Fairus Zainal bertindak sebagai juru kamera menggunakan Nikon D7000.

“Semasa shooting video klip tersebut, audio lagu untuk klip tersebut kami mainkan daripada Blackberry dalam poket kami. Satu lagi yang kami tak boleh lupa dalam proses pengambaran itu ialah, kami diarahkan keluar oleh pihak keselamatan Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi.. Ini semua gara-gara kami ‘curi-curi shooting’ dalam masjid.”

Namun ujarnya, scene di dalam Masjid tersebut tidak dapat digunakan kerana kualiti yang rendah dan pencahayaan yang kurang.

“Apapun, selamat menonton buat semua peminat kami”Katanya mengakhiri perbualan.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response