0 comments

Imam Muda Hassan Dilamar UNIC

by on July 27, 2012
 

Doa Haji & Umrah – Imam Muda Hassan

Nama Imam Muda Hassan, 27, mula mendapat perhatian sejak menjuarai program Imam Muda musim ke-2, Astro Oasis 106 pada tahun lalu. Sejak itu, beliau mendapat pelbagai undangan dari pelbagai pihak. Bertindak sebagai Pengarah Urusan Persada Oasis Travel & Tours dan juga Naqib dalam program Imam Muda 3, anak muda kelahiran Kg. Sungai Wangi, Ayer ini tidak pernah kenal erti penat dalam kesibukan aktiviti yang sangat padat.

Kini bersandarkan pada pengenalan itu, Imam Muda Hassan telah dilamar kumpulan nasyid popular, UNIC untuk merakamkan sebuah album sulung, khas buat para peminat dan penyokong beliau. Imam Muda Hassan tampil sebuah album bertajuk Doa Haji & Umrah (Panduan Buat Tetamu Allah). Album ini telah mula berada di pasaran sejak 25 Julai 2012.

Album yang memuatkan bacaan doa, koleksi niat ibadah haji & umrah, serta bacaan ayat suci Al-Quran ini tampil dengan konsep yang cukup istimewa. Alunan berlagu dilihat sebagai cara terbaik untuk menjadikan album ini pelengkap kepada bakal haji & umrah. UNIC Records sebagai penerbit album, telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Imam Muda Hassan untuk memastikan album ini menepati kehendak pasaran dan mudah diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Antara doa-doa yang terdapat dalam album ini adalah, Doa Menuju Hajarul Aswad, Doa Dibaca Di Mulazam, Doa Minum Air Zam-Zam, Doa di Makam Ibrahim dan Doa di Arafah.

Untuk permulaan, pihak UNIC Records dengan kerjasama UNICMySHOP (www.unic.my) akan mengadakan PROMOSI sebanyak 10% dari harga RM19.90 kepada pembeli online mereka. Promosi ini akan berlangsung sehingga Nuzul Al-Quran 6 Ogos 2012. Inteam Records bertindak sebagai pengedar kepada album ini.

Untuk pertanyaan atau tempahan, boleh menghubungi pejabat urusan UNICDOTMY di talian +603-6186 4300 / +6019-428 9986 atau email ke [email protected]. Website UNIC : www.unic.my Facebook : UNIC  | Imam Muda Hassan.

– Munsyeed{Dot}Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response