0 comments

TERKINI- Jasminor AIDIL Kemalangan

by on July 28, 2012
 

Jasminor AIDIL

Salah seorang ahli kumpulan AIDIL, Jasminor Abdullah, telah terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di  Melaka malam tadi. Menurut Jasminor Abdullah atau lebih mesra disapa Jas AIDIL, kereta beliau telah dirempuh dengan kuat oleh sebuah motorsikal yang dipandu oleh seorang lelaki India.

Dalam kejadian tersebut, lelaki India itu dikatakan telah memandu dalam keadaan mabuk dan motor yang ditunggang oleh lelaki itu telah hilang kawalan lalu merempuh kereta Jas AIDIL dari arah bertentangan.

Kereta Toyota Caldina milik Jas AIDIL remuk.

Kereta Toyota Caldina yang dipandu oleh Jas AIDIL remuk dibahagian hadapan. Walaubagaimanapun, Jas dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius melainkan luka-luka kecil akibat terkena serpihan kaca cermin kereta beliau.

“Alhamdulillah, saya dan 3 orang lagi penumpang dalam kereta selamat. Cuma kami mengalami sedikit luka-luka kecil akibat serpihan kaca (cermin) kereta.” jelas Jas AIDIL ketika dihubungi pihak Munsyeed{Dot}Com.

Kami di Munsyeed{Dot}Com berdoa agar Jas AIDIL dapat bersabar dengan ujian yang menimpa beliau pada malam tadi. Semoga beliau tabah dan cepat sembuh dari kecederaan ringan yang dialami.

-Munsyeed{Dot}Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response