0 comments

Usrah Kerabat Devotees Meriah

by on July 26, 2012
 

Kelab Peminat Devotees atau lebih dikenali sebagai Kerabat Devotees telah menganjurkan sebuah program yang diberi nama Santai Usrah & Ahlan Ramadhan Kerabat Devotees. Program ini telah berlangsung pada 15 Jun 2012 di Neurotic Studio, Prima Sri Gombak. Seramai hampir 31 orang ahli Kerabat Devotees telah menyertai program yang diadakan buat pertama kali di studio baharu milik Halim Devotees itu.

Program telah bermula seawal 6.30 petang dimana proses pendaftaran ahli telah dijalankan oleh Jawatankuasa Kerabat Devotees. Selepas solat Maghrib berjemaah, Jawatankuasa Kerabat Devotees yang dipimpin oleh Presiden, Ahmad Shahiran, telah mengadakan sesi taaruf dimana beliau memperkenalkan barisan exco jawatankuasa Kerabat Devotees yang baharu dilantik dalam mini gathering yang lepas. Ahmad Shahiran juga turut berkongsi cerita serba sedikit mengenai perjalanan karier seni kumpulan Devotees kepada para hadirin sebagai pengenalan sebelum kumpulan Devotees memperkenalkan diri masing-masing.

Majlis usrah tersebut diteruskan dengan tazkirah Ramadhan yang telah disampaikan oelh Ustaz Fazli dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau mengingatkan para hadirin supaya membuat persiapan untuk menyambut ketibaan bulan penuh barakah, Ramadhan Al-Mubarak. Ustaz Fazli juga turut berkongsi fadhilat-fadhilat di bulan Ramadhan sebagai panduan kepada semua hadirin supaya tidak ketinggalan dalam mengerjakan ibadah di bulan Ramadhan. Tidak dilupakan, Ustaz Fazli sempat menyentuh kelebihan Malam Lailatul Qadar dan usaha untuk mendapatkannya di penghujung Ramadhan nanti.

Menariknya, tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Fazli telah diselang selikan dengan persembahan akustik daripada kumpulan Devotees yang membawa beberapa buah lagu seperti Rindu Ramadhan, Muhasabah Cinta, Berjalan Tanpa Henti dan Keabadian Cinta. Bertepatan dengan tema; santai usrah, majlis tersebut telah dijalankan dengan penuh santai dan mesej yang diberi mudah diterima oleh para hadirin yang hadir.

Selepas solat Isyak, para hadirin telah dihidangkan dengan juadah yang cukup lazat oleh Jawatankuasa Kerabat Devotees. Sesi ramah mesra bersama Devotees dan acara potong kek telah diadakan sewaktu jamuan makan malam sedang berlangsung.

Ok, jom kita tengok gambar-gambar yang sempat diambil oleh salah seorang exco Kerabat Devotees di majlis santai usrah Kerabat Devotees baru-baru ini. Sila klik pada gambar untuk paparan lebih besar:

Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Fazli dari UIAM.

.

Acara Memotong Kek oleh Devotees.

.

Sedapnya kek program Kerabat Devotees ini… Terliur dibuatnya.

.

-Munsyeed{Dot}Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response