0 comments

IM Hassan Buat Bisnes Jubah Stylish

by on August 5, 2012
 

IM Hassan memperagakan koleksi Jubah Hassan Adli hasil ilham beliau.

Ramai yang tidak sedar bahawa Sunnah sebenarnya amat mudah diamalkan dalam kehidupan. Dengan berpakaian mengikut pakaian kesukaan Baginda Rasulullah SAW, kita dapat hidupkan Sunnah dengan baik.

Berbekalkan iltizam menghidupkan Sunnah, juara program realiti TV Imam Muda Musim ke-2, Imam Muda Hassan Adli tampil dengan koleksi Jubah trendy dan stylish yang diberi nama Jubah Hassan Adli.

Jubah ‘Hassan Adli’ direka secara eksklusif dengan rekabentuk dan fesyen moden yang diilhamkan mengikut cita rasa muda masa kini. Tidak seperti jubah biasa yang ada di pasaran, keistimewaan Jubah ‘Hassan Adli’ terletak pada potongannya yang menjadikan anda kelihatan lebih bergaya. Selain itu, rekabentuk dan fesyen yang diilhamkan oleh Imam Muda Hassan ini kelihatan cukup menarik dan pastinya membuatkan penampilan anda lebih berkeyakinan.

Jubah Hassan Adli

Material yang digunakan untuk jubah ini membuatkan anda selesa, tidak panas dan yang amat penting mudah digosok. Fesyen jubah ini yang cukup stylish juga membuatkan ia tidak hanya sekadar sesuai dipakai ke masjid, tetapi juga sangat sesuai dijadikan pakaian Hari Raya dan ke majlis-majlis keraian.

Berikut, kami sertakan gambar koleksi Jubah Hassan Adli hasil ilham kreatif Imam Muda Hassan Adli sendiri. Klik pada gambar untuk paparan lebih besar.

Jubah Hassan Adli Siri 1

.

Jubah Hassan Adli Siri 2

.

Jubah Hassan Adli Siri 3

.

Jubah Hassan Adli Special Edition

 

Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan mana-mana koleksi Jubah Hassan Adli ini, anda boleh beli secara online di imammudahassan.com.

Menurut Imam Muda Hassan, koleksi jubah yang diilhamkan oleh beliau ini dihasilkan dibawah label syarikat milik beliau sendiri, Oasis Kreatif yang berpusat di Sri Rampai, Kuala Lumpur.

Disamping itu, beliau turut aktif menyampaikan ceramah, motivasi dan turut dijemput menjadi imam di masjid dan surau tertentu.

Jubah Hassan Adli ini dijual pada harga RM129.00 sehelai. Tetapi, sempena pelancaran Koleksi Jubah Hassan Adli ini, Imam Muda Hassan melalui Oasis Kreatif berbesar hati memberi potongan diskaun kepada para pembeli yang membeli jubah ini secara online. Mereka yang membeli jubah ini secara online hanya perlu membayar RM100.00 sahaja bagi sehelai jubah yang dibeli. Kos penghantaran pula adalah percuma sempena pelancaran ini.

Jadi, jangan lupa untuk dapatkan koleksi jubah Hassan Adli secara online di imammudahassan.com. Kepada mereka yang berminat untuk menjadi agen pengedar, boleh hubungi pihak Oasis Kreatif di talian 013-6288 028 untuk keterangan lanjut.

-Munsyeed{Dot}Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response