0 comments

Devotees Rai Peminat Sempena Aidilfitri

by on September 21, 2012
 

Dengan tema Semurni Kasih, Seintim Ukhwah, Kerabat Devotees pada penghujung Syawal yang lalu telah mengadakan satu majlis perjumpaan Aidilfitri bersama ahli kelab Kerabat Devotees.

Majlis yang diadakan bagi memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan untuk mengeratkan ukhwah antara ahli Kerabat Devotees itu diadakan di UIA Gombak pada 15 September lepas.

Majlis yang dimulakan dengann ucapan pengarah program, Wan Nurul Faizah Wan Idris itu turut menyelitkan beberapa aktiviti santai serperti ‘Sampaikan Salam’ dan aktiviti meneka lagu raya.

Pada majlis tersebut, kumpulan VNC dari Nasyeed UIAM telah membuat persembahan buat para tetamu yang hadir. Malah, Devotees sendiri turut membuat persembahan, mendendangkan beberapa lagu, termasuk ‘Nikmat Aidilfitri.

Selain menjamu selera dengan juadah hari raya dan beramah mesra sesama ahli, majlis ini turut dihidangkan dengan santapan rohani yang disampaikan oleh saudara Luqman Salleh yang juga pelajar jurusan Bahasa Arab di UIAM. Majlis tersebut ditutup dengan bacaan selawat serta sesi fotografi.

 

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response